Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Topup: 'Beli RM10, dapat RM10'
#1
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula 'beli RM10, dapat RM10'.


Menurutnya, pendiriannya itu akan diketengahkan dalam pertemuannya dengan peneraju syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum dibawa ke Kabinet untuk keputusan seterusnya. 

"Saya bertanya kepada rakyat (pandangan mereka) dan rakyat hendakkan beli (kad prabayar) RM10, bila diaktifkan dapat RM10.

"Sebab itu saya ambil keputusan di sini (mengenai formula itu) oleh kerana ia kehendak rakyat. Saya akan ikut apa rakyat nak," kata Ahmad Shabery dalam program Edisi Khas 'Suara Kita Hak Kita' terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 malam ini.

Ahmad Shabery, yang ditugaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar susulan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), mengupas topik '#Topup: Apa Masalahnya?' dalam program yang berlangsung kira-kira sejam itu. - Bernama
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)