Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Tindakan Tegas Jika Sewakan Gerai Kepada Peniaga Asing - DBKL
#1
KUALA LUMPUR, 27 Okt -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak tegas terhadap peniaga tempatan yang didapati menyewakan gerai kepada warga asing dalam usaha mengekang kebanjiran peniaga asing di ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata ini kerana masalah itu berpunca daripada sikap peniaga tempatan sendiri yang mahu meraih pendapatan mudah dengan mengenakan kadar sewa tinggi kepada warga asing, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ibadah korban Masjid Negara, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Phesal berkata DBKL dengan kerjasama polis dan imigresen akan bertindak lebih agresif mengesan peniaga asing di sekitar ibu kota khususnya di Pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit.

DBKL akan membatalkan lesen peniaga tempatan terbabit serta menyita lot gerai berkenaan jika didapati disewakan kepada warga asing, katanya.

Pada majlis itu beliau turut melepaskan konvoi 10 kenderaan membawa daging korban untuk diagih ke rumah kebajikan dan perkampungan Orang Asli sekitar Selangor. Konvoi turut membawa lembu untuk majlis korban di lokasi berkenaan.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)