Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Tiada lagi keramahan gadis tol
#1
[Image: image.jpg]

[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Kerjaya sebagai jurutol bukan kerja mudah kerana perlu melakukan transaksi pantas lebih-lebih lagi ketika berlaku kesesakan di plaza tol.

Bukan itu sahaja, jurutol yang kebanyakannya adalah wanita perlu mengatasi rasa mengantuk apabila ditugaskan pada syif waktu tengah malam hingga pagi, selain terpaksa bekerja pada musim perayaan.

Namun tidak lama lagi tiada lagi wajah-wajah dengan senyuman menerima wang bayaran tol dan memulangkan baki berikutan pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) secara meluas.

Kebanyakan plaza tol di Lembah Klang dijadual menggunakan ETC sepenuhnya penghujung tahun ini, manakala selebihnya tidak lagi menggunakan sistem manual menjelang 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, pelaksanaan ETC di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dimulakan September ini dan Sprint dalam tempoh dua bulan lagi.

Menurutnya, pengumuman rasmi berhubung tarikh sebenar akan dibuat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM).

“Dengan ETC, pengguna tidak lagi perlu beratur dan menunggu lebih lama kerana pembayaran tol secara elektronik menerusi kad Touch ‘n’ Go atau Smart Tag melancarkan pergerakan serta menjimatkan masa perjalanan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sazally tidak menafikan berlaku kesesakan di kaunter tambah nilai berkait rapat dengan pengguna yang gemar menunggu di saat akhir untuk membeli kad Touch ‘n’ Go atau peranti Smart Tag.

Justeru, dia menasihatkan pengguna lebuh raya untuk membeli atau menambah nilai kad prabayar masing-masing lebih awal dengan jumlah bersesuaian di lokasi-lokasi terpilih sebelum memulakan perjalanan.

“Kadar peratusan penggunaan ETC dari 2012 hingga tahun lalu meningkat dari 65 peratus ke 80 peratus di Lebuhraya Sprint, manakala LDP turut mencatatkan peningkatan dari 59 peratus ke 73 peratus dalam tempoh sama.

Sementara itu, Pengarah Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Zakaria Shaffie pula berkata, ETC dilaksanakan sepenuhnya di lebuh raya tersebut sejak September lalu.

ETC katanya, merupakan langkah penting bagi mengurangkan kesesakan di plaza tol selain mengurangkan masa transaksi pengguna di lorong tol memandangkan keupayaannya menampung lebih banyak jumlah trafik berbanding lorong tunai.

“ETC mampu menampung sehingga 1,200 buah kenderaan dalam tempoh satu jam untuk lorong Smart Tag dan 550 buah kenderaan bagi lorong Touch ‘n Go berbanding lorong tunai,” katanya.

Menurut Zakaria, operasi lorong tambah nilai akan dihentikan sementara waktu pada waktu sesak dan pengguna yang mahu menambah nilai ketika itu perlu ke Pusat Khidmat Pelanggan untuk beruat demikian ketika itu.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/...CIwGe.dpuf
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)