Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Terkejut diserang ular sawa
#1
[Image: image.jpg]

IPOH - Seorang pekerja tapak binaan terkejut apabila seekor ular sawa batik cuba menyerangnya bersama rakan yang sedang bekerja dalam kejadian di Jalan Yang Kalsom, di sini.

Pada kejadian jam 12 tengah hari itu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) terpaksa mendapatkan bantuan jentera berat jengkaut bagi menangkap ular sawa seberat 15 kilogram dan sepanjang tiga meter keluar dari kawasan tapak binaan berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kinta, Muhammed Ameen Salleh berkat,a pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkannya kerana reptilia itu bersembunyi di bawah timbunan bahan binaan.

“Tujuh anggota kami berusaha menangkap ular itu yang kemudiannya dipindahkan ke Pejabat JPAM Daerah Kinta untuk sementara sebelum dilepaskan ke hutan berhampiran,” katanya.

Dalam satu kejadian berasingan, anggota JPAM menerima panggilan berhubung kemunculan seekor ular spesies rusuk kerbau menceroboh masuk rumah seorang wanita di Buntong, di sini, jam 2 petang hari yang sama.

Muhammed Ameen berkata, sepasukan empat anggota JPAM bergegas ke rumah mangsa sebelum berjaya menangkap ular berwarna kuning yang bersembunyi di bumbung rumah.

“Reptilia itu sangat agresif dan bahaya kerana mempunyai bisa. Saya yakin kemunculan banyak ular kebelakangan ini ada kaitan dengan perubahan cuaca di Ipoh,” katanya.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)