Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Teknologi garisan gol, tudung lulus - mula diguna Piala Kelab Dunia
#1
Zurich: Lembaga Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), kelmarin meluluskan teknologi garisan gol untuk mengesahkan sama ada gol dijaringkan atau tidak, serta meluluskan penggunaan skaf.

Presiden FIFA, Sepp Blatter, yang sebelum ini menentang penggunaan teknologi, mengesahkan sokongan badan induk bola sepak dunia selepas rembatan pemain Ukraine, Marco Devic pada Euro 2012 tampak melintasi garisan gol sebelum dikeluarkan oleh pertahanan England, John Terry.


IFAB turut membatalkan larangan penggunaan skaf atau tudung untuk pemain wanita.
“Isu keselamatan dan perubatan bagi penggunaan skaf sudah ditarik balik dan ia diluluskan bagi pemain memakai skaf,” Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke memberitahu dalam sidang akhbar.

Persetujuan terhadap penggunaan teknologi garisan gol itu sekali gus menamatkan perdebatan dan kontroversi mengenainya yang sudah berlarutan selama berdekad.

IFAB meluluskan penggunaan dua sistem teknologi berbeza yang mana menurut Valcke akan digunakan pada Piala Dunia 2014 di Brazil.

“Kami sudah memutuskan untuk menggunakan sistem terbabit di Piala Dunia Kelab di Tokyo (pada Disember), di Piala Konfederasi (2013) dan Piala Dunia 2014,” kata Valcke.
IFAB turut meluluskan penggunaan lima pengadil untuk sesuatu perlawanan, menampilkan tambahan penjaga garisan di belakang setiap garisan gol sebagai tambahan kepada dua penjaga garisan di tepi padang. – Reuters
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)