Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Stacy Sudah Peluk Islam ?
#1
[Image: 8232013_stacyxislam-a.jpg]

KL, 23 OGOS 2013: Sebaik saja selesai solat Jumaat hari ini, Murai Batu didatangi satu berita tergempar yang melibatkan penyanyi lagu Kasanova iaitu Stacy. Dengarnya, juara Akademi Fantasia musim ke-6 ini telah pun memeluk agama Islam semalam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah.

Lebih mengejutkan lagi, Murai Batu difahamkan Stacy telah pun memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi lagu Inilah Cinta, Akim. Tidak mahu percaya bulat-bulat gosip yang tersebar luas di internet itu, Murai Batu pun cubalah sendiri google dan membacanya di sebuah blog yang telah menulis tentang gosip berkenaan.

Selepas meneliti dan membaca penulisan itu, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy yang lahir daripada program AF6. Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly.

Lagi pun, setahu Murai Batu, nama sebenar Stacy AF6 ialah Stracy Angie Anam. Jadi, terang lagi bersuluh, gadis yang memeluk Islam itu bukan Stacy. Lebih ketara lagi, gambar yang tertera dalam blog berkenaan bukanlah gambar Stacy. Jauh panggang dari api beb!

Apapun, kecoh juga pejabat Murai Batu selepas Stacy dicanangkan masuk Islam. Ramai gembira kalau berita ini benar belaka. Apapun, kalau benar Stacy masuk Islam, takkan pihak pengurusan Stacy tak mahu berkongsi cerita gembira ini. Tak gitu dik non?

Sumber: Murai
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Skali orang lain daa Winking
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)