Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Siti syukur antara 500 Muslim dunia paling berpengaruh
#1
[Image: xWbj5yNxvv7Sdrloj36FEcKfAEVeL7EaK3dzAGZd...ILnGM=s999]

Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersyukur namanya tersenarai antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.

Semalam, menerusi akaun Instagram CTDK, dia mengumumkan berita gembira itu kepada pengikutnya yang setakat hari ini mencecah 1.9 juta.

“Alhamdulillah.

“Ya Allah, jadikan hamba-Mu insan yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Nama Siti diisytiharkan buat pertama kali dalam senarai majalah “500 Muslim: Paling Berpengaruh di Dunia 2016” bagi kategori kesenian dan kebudayaan.

Selain nama Siti, kegembiraan itu turut dikongsi bersama dua lagi artis nasyid iaitu Hafiz Hamidun dan kumpulan Raihan.

Penerbitan itu dikeluarkan secara tahunan bermula sejak 2009.

Beberapa nama artis antarabangsa turut mendapat pengiktirafan daripada majalah itu adalah Sami Yusuf, Maher Zain, Zain Bhika, Yusuf Islam dan Dawud Wharnsby.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)