Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Siri terbaru BoBoiBoy hujung tahun ini
#1
[Image: Concept_Art_of_BoBoiBoy_Galaxy.jpg]

Peminat watak animasi BoBoiBoy bakal menyaksikan kelainan pada penampilan hero cilik mereka melalui siri terbaharunya BoBoiBoy Galaxy pada hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Animonsta Studios Sdn Bhd Nizam Razak berkata Animonsta Studios, selaku penerbit siri animasi BoBoiBoy telah memperuntukkan RM5 juta untuk pembikinan animasi terbaharu itu yang mempunyai 26 episod.

"Ini merupakan usaha penjenamaan semula untuk siri animasi BoBoiBoy untuk memasuki pasaran antarabangsa yang antara lain menyaksikan BoBoiBoy bersama rakan-rakannya iaitu Yaya, Gopal, Ying dan Fang menghadapi penjalanan yang lebih mencabar," katanya kepada Bernama.

Jelasnya penceritaan BoBoiBoy Galaxy akan berkisar mengenai kisah mereka yang mengembara dari planet ke planet sekitar galaksi untuk mencari Sfera Kuasa baru.

"Kerja-kerja produksi telah dimulakan pada bulan ini dan akan berjalan selama 12 bulan, kami berharap tema BoBoiBoy yang lebih serius ini mampu diterima peminat kanak-kanak serta orang dewasa," katanya.

Mengenai kejayaan mengutip lebih RM18 juta termasuk di Malaysia dan Indonesia daripada filem pertamanya 'BoBoiBoy The Movie', Nizam berkata pihaknya merancang untuk menghasilkan BoBoiBoy The Movie 2 dalam masa tiga tahun lagi.

Beliau berkata pihaknya juga telah menjalinkan kerjasama dengan pembuat barang mainan terkemuka Jepun, Tomy Company Ltd, bagi menerbitkan siri animasi berdasarkan watak kenderaan mainan keluaran syarikat berkenaan.

"Mereka telah menunjukkan minat dan bersetuju untuk menghasilkan mainan untuk BoBoiBoy Galaxy yang bakal dikeluarkan pada hujung tahun ini," katanya, sambil menambah Animonsta juga berhasrat mengeluarkan sendiri permainan watak siri BoBoiBoy tidak lama lagi.

- Bernama
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
sambung bbb galaxy.. Upin ipin pun da bertahun.. Continue je sbb fans da ramai..
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)