Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Singapura ketatkan undang-undang siber
#1
[Image: image.jpg]

SINGAPURA - Singapura yang merupakan salah sebuah negara berpengaruh di dunia ini sudah bersedia untuk melaksanakan peraturan media baru.

Langkah yang diambil itu dilihat sesetengah pihak sebagai usaha menyekat kebebasan media dan penyebaran maklumat.

Menurut undang-undang, media online di negara itu perlu memohon lesen di bawah Lembaga Pembangunan Media dan perlu membayar deposit sebanyak AS$ 39,500 (RM122,141).

Selain itu, media online turut tertakluk kepada undang-undang iaitu perlu menarik semula berita yang tidak menyenangkan dalam masa 24 jam.

Setakat ini 10 laman web telah tertakluk dalam syarat lesen terbaru itu termasuk Yahoo Singapura manakala sembilan lagi merupakan laman web tempatan.

Pihak berkuasa turut mengandaikan laman web negara luar lain juga turut akan tertakluk di bawah peraturan sama mulai tahun hadapan.

Menteri Penerangan dan Komunikasinya, Yaacob Ibrahim berkata, langkah yang diambil ini merupakan peraturan ringan dan tidak membebankan.

“Adalah penting untuk kita mengawal laman web di negara ini dan berita di laman web perlu mematuhi piawaian minimum yang kita tetapkan,” katanya.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)