Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sinar Harian tetap neutral
#1
[Image: image.jpg]

SHAH ALAM - Sinar Harian tidak pernah menyokong secara rasmi mana-mana pemimpin daripada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebaliknya, Sinar Harian menerusi Unit Promosinya hanya menjalankan kempen 'Sokong Pemimpin Adil & Berwibawa' yang tidak dikhususkan kepada mana-mana pemimpin.

Pengurus Penjenamaan Sinar Harian, Mohd Charl Fitri berkata, objektif utama unit promosi Sinar Harian ialah untuk menyatakan sokongan kepada semua pemimpin merangkumi pelbagai organisasi di negara ini.

"Ini adalah proses penjenamaan Sinar Harian. Memandangkan sekarang adalah musim pilihan raya, jadi kita memberi tumpuan kepada parti-parti politik yang bertanding.

"Kami menemui calon yang bertanding dan memberi sokongan tidak mengira parti sesuai dengan slogan, 'Sokong Pemimpin Adil & Berwibawa'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu calon Dun Batu Tiga, Rodziah Ismail menerusi laman sosial twitternya yang menyebut, Sinar Harian memberi sokongan kepadanya sebagai calon pilihan dan kenyataan tersebut disiarkan sebuah blog, semalam.

Charl Fitri berkata, unit promosi yang bermula sejak Selasa lalu tidak hanya memberi tumpuan kepada satu pihak sahaja.

"Kita bukan hanya bertemu beliau (Rodziah) sahaja, malah dalam masa seminggu ini, unit promosi sudah menemui lebih 10 calon bertanding daripada pelbagai parti.

"Kempen ini akan berterusan di mana, bukan hanya tertumpu kepada politik malah semua organisasi termasuk di sekolah, pejabat dan lain-lain lagi," katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohd Fauzi menegaskan, dalam proses PRU13, Sinar Harian tampil dan tidak berpihak dengan mana-mana parti politik.

"Sinar Harian menepati tagline 'Telus dan Tulus' dan diharap isu ini tidak di manipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sokongan yang diberikan secara adil kepada semua calon parti, jauh sekali bersikap memihak," katanya.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)