Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Siang di pejabat, malam jual burger
#1
[Image: image.jpg]

BIARPUN penat dan terpaksa bersengkang mata mencari rezeki lebih pada malam hari, Pembantu Tadbir Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Isrulnaim Isa, 36, berkata, dia bagaikan ‘alah bisa tegal biasa’ memenuhi rutin malamnya dengan berniaga burger.

Mempunyai dua pekerjaan sejak empat tahun lalu, Mohd Isrulnaim berkata, dia cekal bekerja siang dan malam demi untuk menampung peningkatan kos sara hidup.

Di MSN, Mohd Isrulnaim yang sudah mendirikan rumah tangga dengan Haryati Ainol Khak, 28, berkata, dia bertanggungjawab menjaga hal ehwal atlet.

Katanya, inisiatif mencari rezeki pada waktu malam bermula selepas dia memikirkan perlunya pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Keputusan isteri yang terpaksa berhenti kerja secara opsyen tahun lalu juga menyebabkan hasrat itu diteruskan sehingga ke hari ini.

Bapa kepada dua anak ini berkata, dia akan ke tempat kerjanya di MSN Bukit Jalil melakukan kerja-kerja perkeranian bermula jam 8 pagi dan pulang pada jam 5 petang.

Selepas pulang ke rumah, dia hanya mengambil masa beberapa minit untuk berehat sebelum mengemas barang-barang perniagaan dan terus ke lokasi tempatnya berniaga di PUJ 9, Taman Puncak Jalil.

Ditemani isteri dan dua anak, Mohd Isrulnaim berkata, perniagaannya akan tamat pada jam 12 tengah malam setiap hari.

“Memang pendapatan diperoleh tidak mencukupi jika bekerja siang sahaja, gaji diterima cukup-cukup untuk membayar ansuran bulanan kereta dan sewa rumah setiap bulan,” katanya.

Dengan perniagaan burger dijalankan katanya, banyak membantu dari segi wang perbelanjaan dapur dan memenuhi keperluan dua anaknya, Iylia Hanis, 6 dan Irham Haqil, 3.

Pendapatan sampingan kira-kira RM1,600 yang diperoleh dalam tempoh sebulan katanya, mampu menampung duit poket harian dia sekeluarga.

Katanya, pihak atasan tempatnya bekerja juga tahu mengenai pekerjaan sampingan dilakukan.

Apa yang penting, tambah Mohd Isrulnaim, dia boleh berniaga di malam hari asalkan tidak mempunyai masalah kelewatan atau kehadiran yang boleh menjejaskan pekerjaannya pada waktu pagi.

Menyentuh kenaikan pelbagai harga barang kebelakangan ini, Mohd Isrulnaim berkata, dia bernasib baik sudah membuat persediaan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya memang tak boleh berhenti berniaga apatah dengan kenaikan harga pelbagai jenis barang akhir-akhir ini, penat memanglah penat... tetapi selagi terdaya saya teruskan untuk menampung perbelanjaan keluarga,”
katanya.

Meski sibuk mencari rezeki siang dan malam, tambahnya, dia tidak menjalankan perniagaan pada hari Ahad bagi memberi tumpuan penuh kepada keluarga.

“Masa inilah saya bersama anak-anak... bawa mereka keluar berjalan dan sebagainya,” katanya.
Do You ?
Reply
Thanks given by:
#2
kos sara hidup da tinggi. Kono susah skit la nampaknya
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
biz berger masyukk oo. Skang ni kalau nak buat apply 1Azam
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)