Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Seoul dalam keadaan berjaga-jaga selepas pembunuhan Jong-nam
#1
[Image: south-korea-jong-nam.jpg]

SEOUL: Tentera Korea Selatan kini dalam keadaan berjaga-jaga berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang sebapa pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Seoul percaya Korea Utara mungkin akan melakukan provokasi terhadapnya.

Ketegangan antara kedua-dua seteru itu meruncing berikutan tindakan Pyongyang melakukan ujian pelancaran peluru berpandu pada 12 Februari.

Kematian Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari memburukkan lagi keadaan.

Korea Selatan menuding jari pada Korea Utara atas kematian Jong-nam manakala Pyongyang mendakwa Seoul berpakat dalam siasatan Malaysia ke atas kematian warga Korea Utara itu.

Pegawai tentera laut kanan Seoul pada Selasa menggesa kewaspadaan tertinggi menghadapi sebarang kemungkinan provokasi dari Korea Utara.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap, memetik Ketua Operasi Tentera Laut Laksamana Um Hyun-seong sebagai berkata: “Pembunuhan Kim Jong-nam jelas menunjukkan kekejaman dan perbuatan melulu rejim itu. Keadaan keselamatan di semenanjung Korea dan rantau sekarang ini dalam bahaya.”

Beliau berkata demikian ketika meninjau askar di pulau Udo dan Yeonpyong yang terletak di Laut Barat berhampiran sempadan.

Sehari sebelum itu, Menteri Pertahanan Han Min-koo menyeru kesediaan menghadapi kemungkinan serangan ketenteraan oleh Korea Utara, lapor Yonhap.

Pemangku presiden Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn pada Isnin dilaporkan berkata pembunuhan Kim Jong-nam “jenayah terhadap kemanusiaan yang tidak boleh diterima dan perbuatan pengganas” didalangi rejim Korea Utara.

Yonhap melaporkan Menteri Penyatuan Korea Selatan pada Selasa menolak dakwaan Korea Utara mengatakan Seoul terbabit dalam siasatan ke atas kematian Jong-nam.

Kementerian itu berkata Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, menuduh Malaysia “berpakat dan cuba mengambil hati kuasa-kuasa asing” dalam siasatan itu. Tuduhan itu, kata kementerian, merujuk kepada Korea Selatan.

Kang Chol dilaporkan berkata pembunuhan Jong-nam paling memberi manfaat kepada Korea Selatan.

http://www.freemalaysiatoday.com/categor...-jong-nam/
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
[Image: vvxa2.jpg_1487939850.jpg]

VX amat bahaya, pembunuh pantas

Gas VX yang pernah disimpan Amerika Syarikat dan gambar kanan, kematian 5,000 orang di Halajba, bandar Kurdish di Iraq pada 1988 dipercayai akibat gas VX. - Foto Fail/Agensi

Tokyo: Gas saraf VX yang digunakan bagi membunuh Kim Jong-Nam adalah senjata kimia bahaya yang diharamkan - dikategorikan sebagai senjata pemusnah oleh PBB.

Saintis Amerika Syarikat memberi nama kod VX itu ketika menghasilkannya secara besar-besaran dan dianggap ejen kimia paling bahaya pernah dihasilkan, 10 kali ganda lebih kuat berbanding gas Sarin.

Amerika menyimpan senjata kimia itu dalam jumlah yang besar ketika era Perang Dingin.

Melalui Konvensyen Antarabangsa Senjata Kimia 1997, negara dibenarkan menyimpan gas itu untuk tujuan penyelidikan sahaja dan perlu mengisytiharkannya.

Bagaimanapun, Korea Utara yang tidak menandatangani konvensyen itu, dikatakan memilik sehingga ratusan tan gas VX.

VX tulen tiada bau dan kelihatan jernih, kelihatan seperti minyak pelincir enjin dan stabil untuk dibawa ke mana-mana selain sukar dikesan menjadikannya sesuai sebagai senjata pembunuh.

“Lima miligram kimia itu yang diletak pada kulit boleh membunuh orang dewasa seberat 70 kilogram,” kata bekas pengetua Sekolah Kimia Pasukan Pertahanan Darat Jepun, Yosuke Yamasato.

Menurutnya, beliau terkejut kerana pembunuh Jong-nam meletakkan kimia itu pada mangsa tanpa perlindungan, seperti sarung tangan.

“Mereka mungkin tidak tahu bahawa bahan itu adalah VX,” katanya.

Menurutnya, VX menyerang saraf dengan pantas dan dos yang banyak boleh membunuh dalam masa beberapa minit selepas disedut kerana aliran darah akan menyebarkannya ke organ penting.

Gas saraf berfungsi menyebabkan kesukaran bernafas dan kesannya bergantung kepada sama ada disedut atau terkena kulit yang lebih perlahan kesannya,

Terdedah kepada bahan itu dalam jumlah yang sedikit tidak membawa maut.

Ia mempunyai penawar namun perlu dirawat dengan pantas. Tentera Amerika membawa penawar itu bersama dalam bentuk jarum suntikan ketika Perang Iraq.

VX dicipta dalam makmal Britain pada awal 1950-an, sebelum Amerika membangunkannya secara besar-besaran ketika perlumbaan senjata dengan Soviet pada Perang Dingin.

Ribuan tan VX disimpan di Depoh Kimia Newport, Indiana, sebelum dimusnahkan pada 1980-an.

Ia dilaporkan digunakan dalam beberapa peperangan dengan kesan gas itu ditemui ketika kematian 5,000 orang di Halajba, bandar penduduk Kurdish pada 1998.

Pada 1994 gas VX digunakan kumpulan ajaran Aum di Jepun untuk membunuh seorang di Osaka.


http://www.hmetro.com.my/node/208649
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
Tiada individu terdedah Agen Saraf VX di klia2

[Image: klia2xv.transformed.jpg]

KUALA LUMPUR: Tiada penumpang dan kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) terdedah dengan bahan kimia Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang anomali bagi kes perubatan yang dirujuk di klinik Menara di Terminal klia2 sejak insiden kematian Kim Jong-nam yang dibunuh menggunakan bahan kimia itu.

Bagaimanapun, katanya, MAHB tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghantar kakitangannya yang membantu Jong-nam pada hari kejadian untuk pemeriksaan kesihatan, sebelum disahkan dalam keadaan sihat.

"MAHB juga menjalankan proses pembersihan harian, khususnya pada kawasan lantai menggunakan mesin Ride-On-Scrubber yang menggunakan air dan bahan kimia pembersihan.

"Proses pembersihan itu dilaksanakan enam kali sehari di terminal klia2, selain pembersihan semua tandas setiap malam.

"Kami juga dimaklumkan kakitangan pembersihan berada dalam keadaan sihat," kata kenyataan itu, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam satu kenyataan mengesahkan Agen Saraf VX dikenalpasti sebagai bahan kimia yang membunuh Jong-nam atau Kim Chol.

MAHB berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya perlu melaksanakan inisiatif tambahan bagi menjaga keselamatan penumpang dan kakitangan lapangan terbang itu.

"Kementerian Kesihatan juga memaklumkan, orang awam tidak perlu bimbang kerana individu terdedah dengan bahan kimia itu akan menunjukkan simptom serta-merta, atau dalam tempoh 18 jam," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/252543
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
[Image: kang-chol-21.jpg]

Kang Chol pulang 'bersempit' dalam kelas ekonomi

PETALING JAYA: Dua hari selepas arahan Wisma Putra, Kang Chol, duta Korea Utara ke Malaysia yang menjadi fokus krisis diplomatik kedua-dua negara itu, pulang ditemani ratusan wartawan dan anggota keselamatan.

Dan kesesakan itu tidak berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di mana AFP melaporkan Kang Chol mendaftar masuk 3 beg, 4 kotak dan sebuah televisyen jenama Philips.'

Di atas pesawat, Kang Chol duduk seperti penumpang lain dalam kelas ekonomi Malaysia Airlines, sesuatu yang dianggap di luar kebiasaan untuk seorang diplomat tertinggi.

Akhbar Daily Mail dari Britain menunjukkan gambar Kang Chol di dalam pesawat sambil “tersepit di antara penumpang lain”, bersebelahan seorang penumpang kanak-kanak, dalam penerbangan ke Beijing.

“Sekurang-kurangnya tak kena tembak,” tambah akhbar tabloid itu.

Sindiran itu dipercayai merujuk kepada bekas duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, yang dilaporkan ditembak mati oleh regim Pyongyang sejurus dipanggil pulang pada awal 2014.

Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song Thaek, bapa saudara diktator Korea Utara Kim Jong Un, yang dihukum bunuh bersama-sama seluruh anggota keluarganya pada Disember 2013.

Kepulangan Kang Chol semalam selepas hampir sebulan wartawan dari seluruh dunia berkerumun di luar sebuah banglo di Bukit Damansara, yang menempatkan kedutaan Korea Utara, susulan kes kematian Kim Jong Nam, abang tiri diktator Korea Utara, Kim Jong Un.

Pyongyang membantah penyiasatan Malaysia termasuk bedah siasat ke atas Jong Nam, yang umum percaya menjadi mangsa pembunuh upahan regim itu. Krisis diplomatik semakin parah apabila polis Malaysia menamakan salah seorang pegawai kanan di kedutaan Korea Utara sebagai suspek.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#5
Ada 170 warga Korea Utara bekerja di Sarawak


[Image: sarawak_1488868468.jpg]

Kuching: Kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai status 170 warga Korea Utara yang bekerja di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg berkata, perkara itu akan diperhalusi dengan nasihat yang diterima daripada KDN susulan arahan terbaru kerajaan tidak membenarkan rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Luar.

"Sebarang keputusan mengenai status warga Korea Utara hanya akan diketahui selepas perbincangan lanjut dalam masa terdekat," katanya.

Sehingga kini, 170 warga Korea Utara berkerja di Sarawak dalam sektor perlombongan arang batu di Sri Aman manakala pembinaan dan hidro di Lawas.

Hari ini, Korea Utara mengeluarkan arahan menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara berkenaan dan Malaysia juga menghalang pegawai dan kakitangan negara itu sebagai respon tindakan terbabit.


http://www.hmetro.com.my/node/211540
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)