Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
'Sayalah ayah, sayalah ibu'
#1
[Image: image.jpg]

BALING - “Sayalah ayah dan ibu baginya yang hampir tiga tahun terlantar. Ia memang kewajipan saya memberikan sepenuh perhatian kepadanya,” kata Imran Muhammad, 41, ayah kepada Mohd Shahrulnizam Imran, 16, yang kini terlantar akibat penyakit misteri.

Imran yang menetap di Kampung Seratus, Malau, Kuala Ketil berkata, selepas berpisah dengan isterinya sejak beberapa tahun lalu, dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada anaknya itu.

Menurutnya, Mohd Shahrulnizam yang juga anak sulung dari empat beradik itu tidak mampu bergerak dan bercakap dengan sempurna.

“Mohd Shahrulnizam mula sakit sejak hampir tiga tahun lalu selepas pulang dari menangkap ikan di sungai berdekatan kampung ini.

“Saya telah membawanya ke hospital, tetapi sehingga kini doktor tidak dapat mengesahkan penyakit yang dihadapinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan termasuk rawatan kampung, tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.

"Kini, saya perlu memberikan tumpuan penuh kepadanya. Disebabkan itu, saya tidak dapat melakukan pekerjaan yang akan memberikan kesan kepada penjagaan Mohd Sharulnizam,” katanya.

Menurutnya, dia kini mengambil upah membuat parang selain bekerja kampung bagi menyara kehidupannya bersama keluarga.

“Walaupun pendapatan tidak seberapa, saya dapat memberikan perhatian kepada Mohd Shahrulnizam.

“Ibu dan ayah tinggal memang tinggal bersama, namun mereka telah berumur, saya tidak mahu menyusahkan mereka,” katanya.

Ditanya mengenai sebarang bantuan kepada anaknya, Imran berkata, anaknya memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

“Namun, perbelanjaan makanan ruji berupa susu sahaja mencecah hampir RM70 dan hanya bertahan selama dua hari. Belum lagi perbelanjaan lain,” katanya.

Selain Mohd Shahrulnizam, Imran turut menyara dua anak yang masih bersekolah termasuk ibu dan ayahnya.

Bagi mereka yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu 1012829000088310 atau menghubungi Imran di talian 019-567 7351.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utar...u-1.139386
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
zmn skrang ssh mau cari ayah yg mcm ni
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)