Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sasar 29.4 juta pelancong
#1
[Image: image.jpg]

PUTRAJAYA 30 Mac - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yakin sasaran kedatangan 29.4 juta pelancong luar negara melibatkan pulangan sebanyak RM89 bilion sempena Malaysia Festival (MyFest) pada tahun ini mampu dicapai melalui pelbagai usaha termasuk langkah memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi makanan paling menarik.


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau begitu optimis tentang perkara tersebut berdasarkan komitmen pihak swasta terutama restoran-restoran terkemuka dalam menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkenalkan menu Malaysia kepada para pelancong.

Sehubungan itu beliau menghargai peranan dan kerjasama yang telah diberikan oleh D'Tandoor International Group of Restaurants untuk bersama-sama mempromosikan Malaysia kepada pengunjung yang menikmati juadah di rangkaian restoran milik syarikat itu khususnya di luar negara.

“Industri pelancongan merupakan salah satu sektor terbesar yang memberi sumbangan kepada pertumbuhan sosioekonomi negara. Pada tahun lalu pulangan sektor pelancongan adalah sebanyak RM72 bilion berbanding RM65.4 bilion pada tahun 2013.

“Oleh itu sempena MyFest pada tahun ini, kita telah menetapkan sasaran kedatangan pelancong sebanyak 29.4 juta dengan pulangannya berjumlah RM89 bilion dan pihak kementerian yakin sasaran tersebut mampu kita capai,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran menu baharu Restoran D'Tandoor di Ayer 8, Presint 8 di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah.

Yang turut hadir, pengasas syarikat D'Tandoor, Datuk Abdul Malik Abdullah dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Dalam perkembangan berkaitan, Rashidi dalam sidang akhbarnya pula berkata, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi kepelbagaian makanan kerana kebanyakan juadah Asia dan barat terdapat di sini.

“Tahun ini kita anjurkan MyFest dan sambutan ini merupakan kesinambungan kepada Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. Kita mahu mengekalkan jumlah kedatangan pelancong luar ke negara ini.

“Sehubungan itu dengan menjadikan Malaysia sebagai destinasi makanan paling menarik, kita percaya usaha tersebut mampu menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke sini,” katanya.

Sementara itu Abdul Malik berkata, selain Malaysia, restoran D'Tandoor telah mengembangkan sayapnya ke empat buah negara iaitu Kemboja, New Zealand, Arab Saudi dan Australia.

Melalui rangkaian restoran D'Tandoor di luar negara, beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Tourism Malaysia telah mengadakan promosi dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari empat negara tersebut untuk berkunjung ke Malaysia.

“Khusus untuk penduduk sekitar pula, mereka yang menikmati juadah di restoran kita di Putrajaya, akan diberikan diskaun sebanyak 20 peratus sepanjang April ini,” katanya.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)