Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Samsung Kini Pemilik Harman – Meliputi Jenama AKG, Harman Kadron, JBL, Dan Lain-Lain
#1
[Image: Harman-with-three-logos-300x213.jpg]

Samsung pada penghujung tahun lepas telah mengumumkan mereka akan mengambil-alih Harman International Industries. Selepas melalui pelbagai fasa, kini pengambil-alihan berkenaan selesai sepenuhnya, dan Samsung Electronics kini merupakan pemilik Harman International Industries.

Pengambil-alihan ini oleh Samsung boleh dikatakan antara nilai tertinggi yang pernah dikeluarkan mereka – iaitu bernilai $8 bilion (sekitar RM35 bilion).

Dengan adanya Harman ini, Samsung kini memiliki lebih kepakaran dalam arena audio dan juga untuk integrasi inforia dalam kenderaan. Seperti ramai sedia maklum, Harman International Industries merupakan pemilik disebalik jenama seperti AKG, Harman Kardon, Infinity, JBL, Lexicon, Mark Levinson dan juga Revel

Ia dikatakan sekitar 25 juta kenderaan di dunia yang dilengkapi sistem inforia Harman, selain jutaan lagi yang menggunakan sistem audio mereka.

Samsung sendiri sebelum ini telah mengintegrasikan teknologi audio AKG pada peranti terbaru mereka, dan mengatakannya akan mengintegrasikan ia pada telefon Galaxy akan datang.

https://amanz.my/2017132465/
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)