Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Samsung Galaxy S5: Paparan jelas, kepantasan hebat
#1
[Image: pix_gal1?harianmetro]

Beberapa operator rangkaian telekomunikasi tempatan sudah menawarkan pratempahan bagi telefon pintar Samsung Galaxy S5 sejak beberapa ming­gu lalu.

Sumber IT@Metro menyatakan sambutan diterima memang menggalakkan, mungkin berdasarkan populariti jenama Galaxy itu sendiri, serta pelbagai cerita menarik mengenainya ba­nyak dipaparkan di media cetak dan elektronik sejak ia diperkenalkan pada Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2014 di Barcelona baru-baru ini.

Pelancaran rasminya di Malaysia dijadualkan esok dan keberadaannya di pasaran dijangka pertengahan April ini.

Penulis amat bernasib baik kerana diberi peluang mencuba model telefon pintar yang dinanti-nanti itu sebelum hari pelancarannya.

Walaupun ia hanya model uji pakai (yang belum dikira sebagai produk akhir), namun prestasinya dilihat amat memberangsangkan dari pelbagai sudut kepenggunaan.


Seperti biasa untuk kali pertama sebaik suis dihidupkan, pengguna perlu membuat pelbagai pelarasan terutamanya pendaftaran Play Store, ikon muka hadapan dan sebagainya untuk membolehkan penggunaan yang lancar.

Pengalaman pertama yang mengujakan penguji ialah dari segi kelajuan­nya membuat pindah turun data.

Selepas habis membuat pelbagai pelarasan, ada notis kemaskini untuk 14 aplikasi.
Penguji sengaja tidak menggunakan rangkaian telekomunikasi untuk memindah turun kemaskini terbabit, sebaliknya menggunakan rangkaian WiFi yang ada di pejabat.

Prestasi pindah turun itu tidak dapat disangkal kerana kelajuannya amat nyata berbanding telefon lain yang penguji gunakan sebelum ini. Sebanyak 14 kemaskini terbabit dapat dilakukan dalam tempoh singkat siap dengan pemasangannya sekali.

Penguji tidak sedar, mungkin ia gabungan antara kedua-dua rangkaian telekomunikasi dan WiFi menerusi teknologi Download Booster untuk mendapat kepantasan itu. Gabungan itu dikatakan mampu menambah antara 80 hingga 90 peratus kelajuan rangkaian untuk tujuan pindah turun atau naik data.

Ditambah pula de­ngan kekuatan pemproses aplikasi empat teras 2.5 Gigahertz dan sistem operasi Android 4.4.2 Kitkat serta kapasiti RAM sebesar 2 Gigabait.

Penguji membuat satu lagi ujian kelajuan dengan memindah turun aplikasi Heart Rate Monitor berkapasiti 1.94 Megabait (MB), ia berjaya dilakukan dalam tempoh tak sampai 5 saat siap dengan pemasangan, manakala pindah turun Instagram sebesar 9.84MB dapat dilakukan dalam tempoh 16 saat saja.

Dalam pada itu, penguji kagum dengan keupayaan skrinnya yang kalis habuk, mampu membuat paparan jelas hasil guna pakai panel jenis FHD Super AMOLED bersaiz 5.1 inci dengan standard paparan 1920 x 1080. Paparannya lebih terang dan jelas untuk tahap penglihatan yang lebih dalam dan vivid.

Pelarasan tahap terangnya boleh dilakukan secara manual atau automatik. Jika automatik, ia akan melaras sendiri mengikut keadaan pencahayaan sekeliling.
Walaupun pengguna di bawah sinar terik matahari, ia mampu menghasilkan paparan yang dapat dilihat dengan jelas.

Dalam keadaan kurang cahaya pula, Galaxy S5 ini membenarkan anda melaraskan paparan untuk membolehkan cahaya paparan yang menjadikan mata pengguna lebih selesa walaupun dalam keadaan gelap.

Sementara itu, telefon pintar tercanggih ini diperkasa juga dengan teknologi paparan yang dimajukan untuk meningkatkan pengalaman penglihatan jauh dari jangkaan. Teknologi dikenali sebagai Adapt Display akan menganalisa jenis pencahayaan yang datang dan kandungan yang bakal dipaparkan, sekali gus mengoptimumkan tahap pewarnaan, saturasi dan ketajaman paparan.

Pengguna pasti merasakan pengalaman berbeza apabila menggunakan beberapa aplikasi fungsi lain yang berkaitan dengan paparan termasuk galeri, kamera, kandungan Internet, video dan kawalan pintar (Smart Display) dengan paparan yang mengadaptasi pengguna.

Serba sedikit mengenai kamera yang melengkapi Galaxy S5 ini. Walaupun kamera depannya hanya beresolusi 2.0 megapiksel, tapi hasilnya tetap membanggakan apabila digabung­kan dengan skrin FHD Super AMOLED ini. Terbaik untuk merakam gambar sendiri atau selfie.

Kamera utamanya pula di bahagian belakang beresolusi 16 megapiksel. Penguji berkira-kira resolusi sebesar itu sudah cukup baik untuk kegunaan gambar bagi papan iklan luar atau billboard.

Penguji akan bercerita lagi mengenai kelebihan kamera ini bersama ba­nyak lagi fungsi dan ciri lain pada keluaran akan datang.
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:
#2
lawan2 dgn apple. Apple 6
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)