Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Samsung Galaxy S III capai jualan 30 juta dalam 5 bulan
#1
[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR - Model Galaxy S III telah melepasi jualan global sebanyak 30 juta sejak diperkenalkan pada Mei dan terus menjadi kegemaran di kalangan pengguna, kata Samsung Electronics Co., Ltd.

Presiden dan Ketua Bahgaian IT dan Komunikasi Mudah Alihnya, JK Shin berkata, mencapai sejarah jualan ini dalam tempoh lima bulan mencatatkan satu lagi rekod untuk syarikat.

"Kami amat gembira dan akan meneruskan usaha ini dengan menyediakan pelanggan produk yang mereka gemari," kata beliau.

Model Galaxy S III menawarkan pemproses yang lebih berkuasa yang membolehkan pengguna menonton video dan menulis e-mel secara serentak, serta skrin luas HD Super AMOLED berukuran 4.8 inci.

Samsung telah menjual 56.3 juta telefon pintar, termasuk Galaxy S III pada Julai-September, mewakili 31.3 peratus daripada pasaran global. - Bernama
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)