Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Safiq: 'Kami masih bersatu'
#1
“KAMI tidak gaduh, kami masih bersatu,” demikian kata ketua pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu pergaduhan yang berlaku dalam bilik persalinan selepas menyaksikan Harimau Selatan tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Menyifatkan kekeluargaan dalam Harimau Selatan sentiasa harmoni, Safiq menegaskan, tidak berlaku pergaduhan dalam kalangan mereka dan pegawai pasukan itu di dalam bilik persalinan.

“Apa yang berlaku adalah perkara biasa. Bila kalah semua orang akan kecewa termasuk saya, tapi dakwaan yang mengatakan kami bergaduh itu tidak benar sama sekali.

“Kami masih bersatu dan akan sentiasa bersama walaupun kalah atau menang,” kata Safiq.

Dalam laporan media tempatan semalam, bilik persalinan Harimau Selatan kecoh ketika wartawan sedang menemu ramah jurulatih kedua-dua pasukan sebaik tamat perlawanan.

Jeritan Safiq kedengaran dari luar bilik persalinan ketika jurulatih mereka, Fandi Ahmad meluru masuk ke dalam bilik persalinan selepas dipanggil oleh seorang pegawai.

Mengulas lanjut, Safiq berkata, hubungan seluruh pasukan sentiasa kukuh dan menolak dakwaan berlaku situasi berpuak-puak dalam skuad Harimau Selatan.

“Semua pemain sentiasa mengekalkan sikap bekerjasama, kalah atau menang kami tetap bersama.

“Cuma apa yang penting sekarang adalah fokus dalam usaha memperbaiki kelemahan pada perlawanan akan datang,” jelas Safiq yang menegaskan, semua pemain Harimau Selatan dilayan sama rata.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)