Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Safee buru gol
#1
KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Penyerang sensasi negara Safee Sali memburu gol sulung bersama skuad negara pada tahun ini menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa pertama dengan Filipina esok.

Namun, Safee tetap menggesa rakan sepasukan untuk berwaspada dengan ancaman Filipina memandangkan pengalaman pemain mereka miliki bukan calang-calang.

Safee disamping itu juga berharap perlawanan nanti dapat menjadi suntikan keyakinan kepada negara bagi mempertahankan gelaran Piala Suzuki AFF tahun ini.

"Filipina memiliki banyak pemain hebat kerana bermain di liga luar. Jadi kami perlu berwaspada kerana mereka mempunyai pengalaman hebat," kata Safee.

Meskipun begitu, pemain kelab Pelita Jaya tersebut optimis untuk merobek gawang gol Filipina selepas kembali serasi dan mula mendapat sentuhan dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini menentang Kelantan dan Sabah.

Untuk rekod, kali terakhir Safee menyumbat gol antarabangsa ialah semasa menentang Singapura tahun lalu.

Malaysia akan bertemu Filipina pada Rabu, jam 7.30 malam.

Rasa2 sapa menang esok. ??
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)