Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
STING Khusus Untuk Banteras Jenayah Dadah - Zahid
#1
[Image: zahid.jpg]

KUALA LUMPUR: Polis elit, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), akan memberi tumpuan kepada mengekang jenayah di negara ini yang 75 peratus daripadanya dilakukan mereka yang terbabit dengan dadah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penubuhan pasukan elit itu menepati hasrat kerajaan untuk menjamin tahap keselamatan awam dengan membanteras pengedaran dan penyeludupan dadah, sekaligus mengurangkan jenayah.

"Kajian kita mendapati 75 peratus jenayah dilakukan oleh mereka yang terlibat dengan dadah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan STING di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim.

Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan indeks jenayah bagi Januari hingga Disember 2013 menurun 4.3 peratusdengan jumlah kes dilaporkan 147,073 pada 2013 berbanding 153,699 kes (2012).

Selain itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM menunjukkan komitmen tinggi dengan meningkatkan tangkapan kesalahan jenayah narkotik sebanyak 2 peratus pada 2013 iaitu 175,198 orang berbanding 171,649 orang pada 2012.

Ahmad Zahid berkata, STING juga berperanan mengenal pasti pengedaran dadah di setiap peringkat termasuk kongsi gelap, mengambil tindakan ke atas pengedar dadah dan kongsi gelap serta menangkap anggota kongsi gelap yang menyeludup dadah dan senjata api ke Malaysia.

Dalam mengurangkan indeks jenayah, Ahmad Zahid memberi jaminan kementerian akan sentiasa komited terhadap keperluan anggota polis bagi membolehkan mereka memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Beliau berharap Ketua Polis Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dapat memberi perhatian serius dalam memperluas peluang kenaikan pangkat kepada anggota dan pegawai PDRM untuk menjadikan kerjaya pasukan itu lebih menarik.

"Janganlah ada lorong-lorong tikus untuk orang yang tidak disukai untuk kenaikan pangkat," katanya.

STING, yang berpusat di Ibu pejabat Bukit Aman dan diketuai Ketua Polis Negara, menerima peruntukan Kementerian Dalam Negeri untuk kenderaan sebanyak RM5 juta dan kelengkapan pakaian sebanyak RM4 juta.

Pada majlis, beberapa pakaian khas pasukan itu ditampilkan termasuk pakaian unit tindakan serbuan yang berwarna hitam dan dilengkapi baju kalis peluru serta senjata api.

Unit forensik pasukan itu pula berwarna kuning dengan dilengkapi antikebakaran dan pencegahan bahan kimia, topeng gas dan balang tong oksigen serta peralatan forensik.

Pasukan STING juga mempunyai unit penembak jauh yang berpakaian celoreng digital hijau ketika memantau tempat operasi dan keselamatan anggota serbuan. - BERNAMA
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)