Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
SPAN diharap tidak lulus kenaikan tarif air
#1
[Image: image.jpg]

GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak meluluskan permohonan kerajaan Pulau Pinang berhubung pelaksanaan cadangan menaikkan tarif air di negeri itu.

Presidennya Rahmad Isahak berkata ia bagi menjaga kepentingan dan membantu rakyat Pulau Pinang terutama orang Melayu yang kebanyakannya golongan sederhana daripada terbeban membayar bil air lebih mahal.

"Setiap proses untuk kenaikan tarif air perlu mendapat kelulusan daripada SPAN. KMPP berharap pihak SPAN tidak meluluskan cadangan kerajaan Pulau Pinang itu kerana ia pasti menambah beban rakyat.

"Pihak KMPP tidak nampak satu keperluan untuk kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng untuk menaikkan tarif air kerana selama ini pun rakyat sudah terbeban dengan caj perkhidmatan air selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaikkan surcaj pemulihan air sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2013," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Guan Eng berkata kerajaan negeri telah memberi kebenaran kepada PBAPP untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia. - Bernama
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)