Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
SOPA dan PIPA – Akta Cegah Cetak Rompak Bahan Internet
#1

SOPA DAN PIPA ADALAH AKTA BARU YANG SEDANG DIBENTANG UNTUK MELINDUNGI DAN MENCEGAH CETAK ROMPAK BAHAN DALAM TALIAN INTERNET.

Perbuatan mencuri, meniru, menciplak, menyalin dan menyiarkan atau menjual hasil kerja orang lain di Internet berlaku secara berleluasan di serata dunia, termasuk di Malaysia.

Lebih buruk ialah apabila ‘pencuri’ terbabit menyiarkan atau menjual semula bahan terbabit tanpa sebarang kredit kepada pemilik asal karya atau bahan berkenaan.

Terbaharu, ada cadangan di Amerika Syarikat supaya undang-undang khusus digubal bagi mencegah perbuatan itu, seakali gus melindungi hakcipta dan harta intelek pemilik asal sesebuah karya atau hasil kerja tertentu.

Cadangan itu mendapat bantahan dari gergasiInternet, termasuk Google, Twitter, Yahoo!, eBay dan beberapa gergasi Internet lain di negara itu.

Mereka menyatakan kebimbangan terhadap Kongres Amerika Syarikat yang mahu memperkenalkan undang-undang untuk menghapuskan masalah cetak rompak dalam talian.

Bagaimanapun, undang-undang itu yang mungkin dinamakan sebagai Akta Hentikan Cetak Rompak, mendapat sokongan kedua-dua pihak dalam dewan perwakilan. Versi yang diperkenalkan kepada senat dikenali sebagai Akta Kecurian Harta Intelek.

Undang-undang itu menerima sokongan daripada Hollywood, industri muzik, gabungan perisianperniagaan, persatuan pengilang, Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan kumpulan lain.

Bagaiamana pula di Malaysia?

Perbuatan mencuri, meniru, menciplak, menyalin dan menyiarkan atau menjual hasil kerja orang lain di Internet berlaku secara berleluasan di negara ini.

Sebarang usaha mewujudkan akta baru atau mengetatkan akta sedia ada bagi mencegah cetak rompak di Internet, adalah wajar.

Namun, kerajaan tidak patut mengambil kesempatan dalam mewujudkan akta baru atau mengetatkan akta sedia ada menerusi ‘campurtangan kerajaan’ dalam apa juga bentuk sama ada ‘penapisan, sekatan atau pemantauan politik’ terhadap kegiatan di Internet.

Dalam laporan terbaharu AFP, gergasi Internet yang menentang cadangan penggubalan akta anti cetak rompak Internet di Amerika Syarikat itu turut menamakan Malaysia sebagai negara menjalankan penapisan Internet.

Menurut malaysiakini.com yang memetik laporan AFP itu, dua lagi negara yang disebut dalam laporan berkenaan ialah China dan Iran.

Sumber : SOPA PIPA - AKTA CEGAH CETAK ROMPAK BAHAN INTERNET | illustrasiaku .com
Reply
Thanks given by:
#2
sedih2 kalau semua nak block.. Tak yah le guna unifi cenggitu. Just pakai tenet biasa2 pun da ok sebab nak bukak FB je
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)