Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Robot peneman sebelum ajal
#1
RHODE ISLAND – Pesakit yang bakal menemui ajal atau sakit tanpa waris di sisi, kini tidak lagi keseorangan selepas sebuah robot dicipta sebagai rakan sokongan yang boleh memberi kata-kata
semangat.

Graduan dari Kolej Rekabentuk Rhode Island, Amerika Syarikat, Dan Chen berkata, rekaan ini dibuat bagi memberi motivasi kepada pesakit yang tidak mempunyai waris ketika berada di hospital.

“Rekaan ini juga boleh memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mempunyai hubungan sosial dan keluarga ketika hidup,” katanya.

Menurutnya, selepas doktor meninggalkan pesakit yang tiada harapan secara berseorangan, peranti robot ini akan diaktifkan.

“Robot ini akan membelai lengan pesakit sambil mengeluarkan audio dengan kata-kata sokongan bagi memberi keselesaan di saat akhir kehidupan seseorang, “ katanya.

[Image: image.jpg]
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)