Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Rezeki terpijak pengendali 'Drone'
#1
[Image: 2gsmt5d.png]

KUALA LUMPUR: Pengguna Instagram dikenali sebagai 'yengnasir' yang mencetuskan kebimbangan orang ramai di media sosial awal pagi tadi telah memuatkan status di laman Instagram menyatakan yang beliau kini telah dibebaskan daripada IPD Bukit Aman setelah disoal siasat di atas suatu laporan ke atasnya yang dibuat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) awal pagi tadi.


Katanya lagi, dia dan Malaysia Airports Berhad (MAB) akan bekerjasama bagi menghasilkan suatu video arial bagi tujuan promosi.

"Baru balik dari ibu pejabat polis bukit aman, alhamdulilah dapat job untuk bekerjasama dengan pihak KLIA dan KLIA 2 untuk buat video promosi. Alhamdulilah."

Foto kemunculan sebuah drone yang diterbangkan berdekatan KLIA telah mencetuskan kebimbangan orang ramai terutama di media sosial, atas faktor keselamatan.

Drone jenis DJI Phantom 2 tersebut dikatakan mengambil beberapa gambar pesawat mendarat di KLIA, yang mana gambar-gambar itu telah dimuatnaik oleh pengguna di Facebook.

Terdapat pengguna Internet tampil menyelarnya kerana ia didakwa boleh membahayakan pesawat.

Gambar itu sebelum ini telah dimuat naik ke Instragram kira-kira tiga bulan lagu oleh pengguna dikenali sebagai 'yengnasir'. - Bernama
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)