Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Rapid KL Ticket Fare 50% OFF Promotion 2017
#1
[Image: Rapid-KL-Ticket-Fare-50-OFF-Promotion-2017.jpg]

Lebih setengah juta pengguna perkhidmatan MRT, LRT, monorel, dan BRT Rapid KL sedia ada dan puluhan ribu pengguna baharu dijangka menikmati diskaun 50 peratus ke atas tambang perjalanan mereka mulai esok sehingga 31 Ogos 2017 berikutan pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika majlis perasmian fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK) hari ini.

Mengulas pengumuman Perdana Menteri tersebut, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan MRT SBK berkata pihaknya sedang bersiap sedia untuk menyelaraskan sistem tambang kesemua perkhidmatan terlibat untuk kemudahan semua pengguna.

“Insya Allah, sistem tambang kami akan siap diselaraskan untuk memberi diskaun 50 peratus kepada kesemua pengguna perkhidmatan MRT, LRT, monorel, dan BRT mulai esok, kata Zohar.

“Para pemegang kad MyRapid yang biasa (kad berwarna hitam) boleh menukar kad mereka kepada kad MyRapid Touch ‘n Go secara percuma di kebanyakan stesen LRT, BRT, dan monorel sehingga 31 Julai ini.

“Para pemegang kad konsesi, termasuk warga emas, OKU, dan pelajar boleh menukar kad konsesi MyRapid mereka di Stesen LRT Subang Jaya, Stesen LRT Awan Besar, dan Stesen LRT Sri Rampai dari 7 pagi sehingga 7 petang, setiap hari, selain Pusat Kad Konsesi MyRapid di Hentian Akhir Bandar Pasar Seni,” tambah Zohari.
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)