Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ramai teruja jawatan Rajagobal
#1
[Image: image.jpg]

LARIS macam pisang panas, itulah situasi semasa permohonan jawatan jurulatih skuad Harimau Malaya memandangkan kontrak pengendali sedia ada, Datuk K Rajagobal bakal tamat Disember nanti.

Walaupun beberapa kali dikritik peminat bola sepak atas pemilihan pemain berdasarkan reputasi lampau hingga meminggirkan potensi bakat sedia ada yang terbukti, namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilihat masih berlembut dengan keadaan ini.

Lebih gemar mengadakan perlawanan dengan pasukan berstatus kelab dari Jepun dan Australia dengan rentetan kekalahan selain kemenangan yang boleh dikira, menyebabkan ranking Harimau Malaya tidak menunjukkan peningkatan ketara.

Kini, di penghujung kontrak membimbing Harimau Malaya yang disandang 2010 hingga membawa kejayaan Piala AFF Suzuki pada tahun tersebut, namun gagal mempertahankan dua tahun kemudian di laman sendiri, beberapa keputusan kurang memberangsangkan dicatat seperti ketika perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 yang seharusnya dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), seandainya FAM serius melihat Jalur Gemilang berkibar dalam kejohanan tersebut.

Namun Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan pihaknya mempunyai strategi tersendiri untuk menamatkan spekulasi tersebut, malah mengakui permohonan jawatan semakin mendapat perhatian.

"Kita ada pelbagai opsyen, mungkin boleh teruskan, memangku dan mencari jurulatih tempatan serta luar negara.

"Permohonan ini semakin bertambah dari masa ke semasa dan sehingga semalam, FAM menerima 37 permohonan walaupun ia tidak dibuka secara rasmi, mungkin semua telah sedia maklum kontrak Rajagobal akan tamat.

"Perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat. Melihat keadaan ini kita gembira kerana ramai menunjukkan minat membimbing pasukan kebangsaan," katanya.

Beberapa nama dikaitkan bakal membimbing Harimau Malaya seandainya khidmat jurulatih semasa berusia 57 itu tidak disambung, antaranya ialah legenda Jerman, Rudi Voeller.

Bekas jurulatih Jerman berusia 53 tahun itu bakal memainkan peranan yang lebih besar buat Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia jika benar beliau mengambil alih tempat Rajagobal.

Turut dikaitkan ialah jurulatih Singapura, Radojko Avramovic yang cemerlang membimbing pasukannya menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Difahamkan juga terdapat beberapa nama jurulatih tempatan yang dilihat sesuai mengisi kekosongan tersebut antaranya, pengendali Sarawak, Robert Alberts dan Dollah Salleh selain Bojan Hodak tidak terkecuali.

Untuk rekod, skuad kendalian Rajagobal kini menghuni kedudukan ketiga Kumpulan D meraih tiga mata bakal meneruskan saingan mengharungi baki tiga perlawanan, dua aksi timbal balik menentang Bahrain disusuli Qatar pada November, manakala baki satu lagi perlawanan menentang Yaman, pada Mac tahun depan.

Memandangkan FAM sebelum ini menetapkan kemaraan ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia sahaja dilihat satu-satunya ‘talian hayat’ bagi Rajagobal untuk terus mengendalikan Harimau Malaya, adakah ini bermakna badan induk bola sepak negara itu akan terus memberi peluang kepada Rajagobal atau sebaliknya.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
gaji mahal, berebut le Winking
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)