Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Rakyat Malaysia makan 1.8 juta ekor ayam sehari
#1
[Image: chickk.jpg_1468927650.jpg]

Ayam menjadi pilihan sumber protein utama rakyat Malaysia. - Foto Fail

Kepala Batas: Rakyat Malaysia kebanyakannya memilih ayam untuk sumber protein dan memakan 1.8 juta ekor ayam sehari, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery berkata, selain ayam masyarakat negara ini juga makan 2.8 juta telur sehari.

Menurutnya, ayam menjadi pilihan rakyat memandangkan ia sumber protein yang murah berbanding sumber lain, seperti ikan.

"Jadi tidak boleh kita kata ayam mahal. Tidak boleh, sebab ayam masih yang paling murah, protein yang murah. 

"Dulu orang kata ayam mahal, sekarang ini ayam paling murah, ayam paling penting," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Pusat Kecemerlangan Teknologi Padi dan Majlis Graduasi Sekolah Ladang Petani di Kompleks Pertanian Bumbong Lima dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh seminggu, pengeluaran ayam di Malaysia ialah 13 juta ekor dan hanya 12 juta untuk kegunaan tempatan.

"Baki satu juta dieksport ke Singapura dan negara lain. Secara keseluruhan, pengeluaran ayam di negara ini ialah 110 peratus," kata Ahmad Shabery.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Ayam mahal skang..
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)