Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Raja Thailand semakin nazak, rakyat pakai merah jambu doakan kesihatan
#1
[Image: image.jpg]
Rakyat Thailand menyanjung tinggi kedudukan Raja mereka, Raja Bhumibol Adulyadej. - AGENSI

[Image: 12hmpink_1476229526.jpg]
PENGUNJUNG yang memakai baju merah jambu mengadakan upacara keagamaan di Hospital Siriraj di Bangkok, lokasi Bhumibol dirawat, semalam. - Reuters

BANGKOK 13 Okt. - Beratus-ratus orang berkumpul di luar Hospital Besar Siriraj, Bangkok bagi mendoakan kesihatan Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej yang dikatakan semakin gering dan semakin tenat.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha turut membatalkan semua program rasmi beliau dan turut berada di hospital bersama-sama keluarga diRaja yang lain.

Raja Bhumibol yang sudah berusia 88 tahun merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia dan sangat dimuliakan oleh rakyat negara itu kerana komitmen besar terhadap kebajikan termasuk krisis melanda selama ini.

Ahad lepas, pihak istana telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan baginda gering dan digantung semua tugas diRaja.

Kali terakhir baginda dilihat dikhalayak ramai pada 11 Januari lepas, selepas itu baginda dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di istana dan hospital kerana pelbagai jenis penyakit dialami baginda. 

Istana jarang mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan keadaan kesihatan Bhumibol yang kurang stabil.

Kebiasaannya, istana mengeluarkan kenyataan selepas keadaan kesihatan Bhumibol semakin baik.

Sejak kenyataan itu dikeluarkan, mesej disebar di laman sosial bagi menggesa rakyat Thailand memakai pakaian berwarna merah jambu.

Merah jambu menjadi warna penting beberapa tahun lalu selepas seorang tukang tilik diraja memberitahu warna itu baik untuk Bhumibol.

Bhumibol yang juga pemerintah paling lama di dunia juga sering dilihat memakai baju berwarna merah jambu ketika berada di tempat awam. - Reuters/AGENSI


http://www.utusan.com.my/berita/luar-neg...k-1.394268
http://www.hmetro.com.my/node/173253
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)