Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Raja Farah sah bercerai talak satu
#1
[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR 25 Mei – Pelakon dan pengacara, Raja Farah Raja Aziz hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan mereka.


Pasangan yang bernikah pada 12 November 2010, bercerai dalam satu prosiding tertutup selepas Hakim Syarie Umamuddin Yunus membenarkan permohonan lisan yang dibuat oleh peguam syarie, Muhammad Nur Hafiz Roslan yang mewakili Raja Farah, 27.

Permohonan tersebut dibuat atas alasan terdapat beberapa perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

Terdahulu, selepas disoal oleh mahkamah, Megat Bashirun Qhuyum, 30, yang tidak diwakili peguam syarie memberitahu, beliau bersedia melafazkan talak dengan beberapa syarat yang telah dibincangkan dengan pelakon filem Anak Halal itu.

Syarat-syarat tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan secara spesifik sewaktu prosiding mahupun didedahkan kepada umum.

Permohonan cerai secara baik itu difailkan oleh Raja Farah mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 5 Mei lalu.

Pasangan itu hadir secara berasingan dengan Raja Farah tiba di mahkamah ditemani bapanya, Raja Aziz Raja Ngah kira-kira pukul 8.45 pagi manakala Megat Bashirun Qhuyum yang juga ditemani bapanya, Datuk Zakaria Brahim tiba jauh lebih awal.

Ketika ditemui selepas tamat prosiding, bekas pengacara VoiceOut dan Rasa Halal Antarabangsa itu memberitahu bahawa dia telah sah bercerai dengan talak satu dan memohon agar masyarakat mendoakan yang terbaik buatnya selepas ini.

Bekas suaminya pula memberitahu bahawa beliau reda dengan perceraian tersebut dan berharap agar mereka dapat meneruskan kehidupan masing-masing.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang hampir lima tahun perkahwinan mereka.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)