Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Rafizi ketuai pasukan kenal pasti kawasan terlibat penipuan SPR
#1
PETALING JAYA 7 MEI: Sebuah pasukan diketuai Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengenal pasti dan mengumpul bukti berhubung kawasan yang terlibat dengan penipuan SPR.

Pengerusi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pasukan itu terdiri daripada pimpinan tertinggi dari setiap parti dan akan memulakan siasatan ke atas seluruh negara.

"Pasukan beliau (Rafizi) akan memadankan bukti-bukti tersebut dengan analisa keputusan di setiap kawasan Parlimen yang keputusannya telah diselewengkan," kata Anwar dalam sidang media hari ini.

"Setakat ini kita sudah kenal pasti 28 hingga 29 kawasan, dan ada lagi yang masih dalam siasatan. KEADILAN, PAS dan DAP akan bekerjasama dengan Bersih dan menubuhkan Tribunal Rakyat," jelasnya.

Menurutnya, hasil siasatan tersebut akan dibentangkan kepada umum dalam minggu terdekat untuk membuktikan Datuk Seri Najib Razak memenangi pilihan raya dengan penipuan dan penyelewengan.

"Disebabkan itu sekali saya ingin tegaskan kita tidak dapat menerima keputusan pilihan raya bagi kawasan yang dipertikai dan menunggu penjelasan dari SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," tegasnya.

Mengikut data yang dikeluarkan SPR, daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih Pakatan di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)