Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pokok ceri dari benih yang dibawa terbang ke angkasa berbunga awal
#1
[Image: japanese-astronaut-koichi.jpg]

TOKYO: Satu misteri menyatukan sami dan saintis di Jepun selepas sepohon pokok ceri tumbuh dari bijih benih yang mengelilingi Bumi selama lapan bulan berbunga dan mekar beberapa tahun lebih awal daripada yang dijangkakan.

Anak pokok berusia empat tahun itu tumbuh daripada biji ceri yang diletakkan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), mula berbunga pada 1 April, kira-kira enam tahun lebih awal daripada jadual asalnya.


Pertumbuhannya yang awal itu mengejutkan sami Buddha di kuil purba di tengah Jepun lokasi pokok itu membesar.

“Kami takjub melihat bagaimana ia cepat membesar,” kata ketua sami di kuil Ganjoji di Gifu, Masahiro Kajita.

“Biji benih dari kawasan pokok asal tidak pernah bercambah sebelum ini. Kami amat gembira kerana ia akan menggantikan pokok lama, yang dikatakan sudah berusia 1,250 tahun,” katanya.

Ia adalah antara 265 biji benih dari pokok ‘Chujo-hime-seigan-zakura yang dipilih sebagai sebahagian daripada projek untuk mendapatkan benih dari pelbagai jenis pokok ceri di 14 lokasi seluruh Jepun.

Biji benih terbabit dihantar ke ISS pada November 2008 dan kembali ke Bumi pada Julai tahun berikutnya bersama seorang angkasawan Jepun, Koichi Wakata selepas mengelilingi Bumi sebanyak 4,100 kali.

Ada yang dihantar untuk ujian makmal tetapi kebanyakan dipulangkan ke tempat asal dan yang terpilih ditanam di tempat penyemaian berhampiran kuil Ganjoji.

April tahun ini, pokok ceri angkasa lepas terbabit tumbuh setinggi empat meter dan tiba-tiba menghasilkan sembilan kuntum bunga, setiap satu dengan lima kelopak berbanding 30 bunga daripada pokok asal.

Ia biasanya mengambil masa 10 tahun bagi pokok ceri jenis yang sama untuk mengeluarkan bunga. – AFP
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)