Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
PlayStation VR Mampu Memberikan Ilusi Menonton Televisyen Sebesar 236 Inci
#1
[Image: playstationvr_01-650x433.jpg]

PlayStation VR akan dijual secara rasmi bermula Oktober hadapan. Dari beberapa demo yang dipaparkan setakat ini ia mempunyai potensi menjadikan permainan realiti maya popular di kalang pemilik konsol. Tetapi adakah masuk akal membeli sebuah peranti realiti maya hanya untuk gimik menyelami dunia maya semata-mata? Jawapan ikhlas daripada kami ialah mungkin tidak. Jadi tidak mengejutkan PlayStation VR mempunyai mod tambahan yang mungkin akan membuatkannya berbaloi dimiliki.

Mod sinematik PlayStation VR membolehkan pemain melakukan simulasi menonton televisyen sebesar : 117, 163 dan 226 inci. Bagi majoriti pengguna memiliki televisyen LED bersaiz gergasi seperti ini adalah amat tidak mampu milik. PlayStation VR dijual pada harga yang jauh lebih murah dan dapat memberikan ilusi memiliki televisyen besar. Sistem paparan sinematik ini bukanlah teknologi baru. Sony pernah menghasilkan kaca mata Sony HMZ-T2 pada tahun 2011 yang memberikan ilusi menonton televisyen 70 inci. Enam tahun sudah berlalu dan kemampuan HMZ-T2 berjaya dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)