Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pilot Saudi Arabian Airlines meninggal ketika bawa pesawat
#1
[Image: image.jpg]

Kapten Walid bin Mohammed Al Mohammed meninggal dunia beberapa minit sebelum melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, baru-baru ini. AGENSI

RIYADH 4 Mac - Seorang pembantu juruterbang pesawat Saudi Arabian Airlines mengalami detik-detik mencemaskan apabila juruterbang utama meninggal dunia beberapa minit sebelum melakukan pendaratan di ibu negara Arab Saudi, baru-baru ini.

Menurut portal Mail Online, kejadian tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh apabila juruterbang terbabit, Kapten Walid bin Mohammed Al Mohammed mengalami serangan jantung secara tiba-tiba.

Peka dengan situasi yang dialami Walid, pembantu juruterbang berkenaan, Rami Ben Ghazi pantas mengawal pesawat yang membawa 220 itu penumpang dan melakukan pendaratan dengan selamat.

Rami kemudiannya menghubungi menara kawalan untuk meminta bantuan pasukan kecemasan bagi membantu Walid, namun kapten pesawat terbabit disahkan telah meninggal dunia.

Saudi Arabian Airlines dalam kenyataannya menjelaskan, pesawat dan penumpang tidak berdepan sebarang bahaya kerana pembantu juruterbang berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

Laporan tempatan menyebut, pesawat itu dalam penerbangan selama dua jam dari pekan Bisha atau dikenali sebagai Qal’at Bishah di selatan Arab Saudi menuju ke Riyadh.

http://www.utusan.com.my/berita/luar-neg...VNr1e.dpuf
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)