Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Piala AFC: Kelantan muncul juara Kumpulan G
#1
Thumbs Up 
KELANTAN yang telah mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berjaya muncul juara Kumpulan G selepas menewaskan Ayeyawady Unied 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Keputusan itu meletakkan pasukan bimbingan Bojan Hodak mengungguli Kumpulan G dengan 13 mata manakala SHB-Da Nang FC menghuni tangga kedua dengan 12 mata.

Kemenangan itu juga membolehkan Kelantan mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri pada perlawanan pusingan kedua kalah mati menentang kelab Kitchee dari Hong Kong pada 14 Mei nanti.

Dalam perlawanan tadi, tiga gol Kelantan dijaringkan oleh Obinna Nweneri pada minit ke-43, Nik Azmi pada minit ke-70 sebelum Mohd Badri Radzi meledak gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan.

Sementara itu, SHB Da Nang turut mengesahkan tempat ke pusingan kedua dengan menewaskan Maziya Sport 3-1 dalam satu lagi saingan Kumpulan G.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)