Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pesawat pejuang tercanggih AS, F-22 Raptor di Malaysia untuk latihan dengan TUDM
#1
[Image: F-22_Raptor_edit1_%28cropped%29.jpg?itok=uOfndEw0]

Buat pertama kali dalam sejarah, pesawat pejuang tercanggih Amerika Syarikat, F-22 Raptor akan berlegar di ruang udara negara ini apabila ia terlibat dalam latihan dengan pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi Eksesais Cope Taufan 2014.

F-22 Raptor dan pesawat pejuang F-15C/D Eagle akan berada di Malaysia selama sebulan untuk latihan itu.

Ini adalah kali pertama pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat terbang di ruang udara Malaysia dan Asia Tenggara dalam misi latihan, walaupun sebelum ini ia pernah berada di Singapura untuk pameran.

Walaupun diperakui sebagai sekutu paling rapat Amerika Syarikat di Asia Tenggara, pesawat F-22 Raptor itu tidak pernah terlibat dalam latihan dengan pesawat-pesawat Singapura, Filipina mahupun Thailand setakat hari ini.

Pengumuman mengenai kehadiran Raptor di Malaysia itu dibuat oleh jurucakap Barnes Air National Guard Kolonel James J. Keefe yang berkata, sejumlah pesawat pejuang F-15C/D serta lebih 100 kakitangan daripada unit 104th Fighter Wing telah berada di Malaysia sejak Sabtu lepas untuk sesi latihan dengan TUDM.

Unit 104th Fighter Wing katanya, akan menyertai pesawat F-22 Raptor daripada Massachusets Air National Guard yang telah berada di Malaysia untuk latihan yang sama.

"Latihan ini (Cope Taufan) bukan sahaja membantu kita meningkatkan hubungan dengan salah satu rakan strategik kita (Amerika Syarikat), tetapi juga membantu membangunkan aspek taktikal bagi pesawat F-15C/D dan F-22 Raptor bagi operasi di rantau Pasifik," katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan, WGGB.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan bilangan pesawat pejuang Amerika Syarikat yang bakal terlibat dengan latihan Cope Taufan itu dengan alasan ia merupakan maklumat yang sensitif.

"Pesawat pejuang kami akan terlibat dengan pelbagai latihan bersama pesawat MiG-29N dan Sukhoi SU-30 MKM Tentera Udara Diraja Malaysia sepanjang berlangsungnya Cope Taufan 2014," kata Keefe.

Kehadiran pesawat pejuang F-22 Raptor di bumi Malaysia itu membuktikan kerjasama yang semakin erat di antara angkatan tentera kedua-dua negara, terutamanya sejurus selepas lawatan Presiden Barack Obama ke negara ini baru-baru ini.

Hubungan ketenteraan yang semakin erat di antara Malaysia dan Amerika Syarikat itu juga selaras dengan dasar "Asia Pivot" negara kuasa besar itu yang menyaksikan lebih banyak aset tenteranya dihantar ke Asia Pasifik bagi mengimbangi peningkatan kuasa China.

Sebagaimana Malaysia, tentera udara China juga menggunakan pesawat pejuang Sukhoi SU-30 dan latihan dengan TUDM itu mampu membantu pesawat Raptor itu membangunkan aspek taktikal yang spesifik jika ia berhadapan dengan pesawat yang sama daripada negara Tembok Besar itu. -- MALAYSIAGAZETTE


Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/pesa...z33t6iH3Fz
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Rare ni. Tak pernah dibuat f22 masuk sampai kat sini. Ada pun pameran
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)