Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pesawat Terhempas Di Melaka
#1
[Image: 600819_10151248780736883_614720704_n.jpg]

MELAKA – Orang ramai yang melalui Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) semalam gempar apabila sebuah pesawat ringan terhempas di tebing jalan tersebut berhampiran Kondominium Cheng Heights, Cheng di sini semalam.

Kejadian pukul 11.56 pagi itu berlaku apabila pesawat jenis Piper PA-28 itu dikatakan telah melanggar beberapa batang pokok sebelum terhempas di atas tebing berkenaan.

Bagaimanapun, juruterbang pelatih Akademi Penerbangan Malaysia (MFA), P. Devenessrao, 20, yang mengendalikan pesawat tersebut hanya cedera ringan di kepala dan tengkuk. Dia kini dirawat di Hospital Melaka.

Seorang saksi, Koperal Zameri Nawi, 50, berkata, dia terkejut apabila melihat pesawat berkenaan datang dari Alor Gajah ke bandar Melaka dalam keadaan terhoyong-hayang dan turun naik.

“Pesawat ringan itu kemudian melanggar beberapa batang pokok sebelum terhempas ke tebing menyebabkan dahan-dahan pokok berterbangan hingga ke seberang jalan.

“Tidak lama kemudian, juruterbang pesawat tersebut keluar sendiri sebelum dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans yang tiba sejurus kejadian,” ceritanya yang ketika itu sedang bertugas sempena Ops Selamat di jalan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan berkata, semakan pihaknya mendapati juruterbang berkenaan mempunyai pengalaman selama setahun dalam mengendalikan pesawat ringan berkenaan. - kosmo
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)