Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pesawat MAS MH370 Dari KL-Beijing Hilang
#1
Den baru pulang dari kampung. Kita skip dan update apa yang terbaru mengenai isu ini hari ni

Tentera Udara Vietnam kesan dua tumpahan besar minyak

KUALA LUMPUR: Pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS dilaporkan hilang awal pagi tadi, petanda pertama pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas.

Pesawat Tentera Udara Vietnam itu adalah sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kenyataan kerajaan Vietnam menjelaskan tumpahan minyak itu dikesan lewat petang tadi di perairan di selatan Vietnam dengan masing-masing antara 10 dan 15 kilometer panjang.


Tiada pengesahan bahawa tumpahan minyak itu ada kaitan dengan pesawat yang hilang itu tetapi selari dengan corak yang akan dihasilkan oleh dua tangki minyak pesawat yang terhempas. - AP
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
Sepang: Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang.

Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan.





"Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan di kawasan darat," katanya pada sidang media sebentar tadi.




Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan berpatah balik.

"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan hanya dua identiti penumpang disiasat berhubung pemilikan pasport individu lain berbanding empat dilaporkan sebelum ini.

Katanya, pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman sistem litar tertutup bagi mengesan dan mengenal pasti dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu.

Beliau berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu.

Sebelum ini dilaporkan warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christan Kozel didaftar menaiki pesawat MH370 tetapi hasil pemeriksaan kedutaan negara terbabit mendapati pasport mereka telah dipalsukan.

Sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam China mendakwa serpihan ditemui di koordinat 103.29 Timur 6.42 Utara di Laut China Selatan tetapi masih belum disahkan milik MH370 manakala pesawat APMM berjaya mengesan tompokan minyak di permukaan laut kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Kesan tompokan kedua itu dikesan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish ketika melakukan tinjauan udara dengan pesawat Agusta di kawasan seluas 200 batu nautika, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sampel tompokan minyak sudah diambil dan dijangka tiba di pangkalan maritim Tok Bali jam 7.30 malam nanti.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
byk sangat teori den baca kat tenet. Yg tunjuk pandai pun ramai lebih2 lagi budak2 skola yg baru nak up. Posting kat fb ke twiter macam bagus pun ada. Yg kutuk2 pun ramai. Apa2pun den harap2 semua penumpang tu selamat.

#prayformh370
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#4
KUALA LUMPUR - Pesawat Boeing 777-200 yang mengendalikan penerbangan MH370 diselenggara 10 hari sebelum dilapor hilang pada awal Sabtu dan tiada sebarang masalah dikesan pada pesawat ketika itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata, pesawat itu menjalani penyelenggaraan di hangar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 23 Februari lepas dan penyelenggaraan seterusnya dijadualkan 19 Jun ini.

Sejak diterima pada 2002, pesawat itu sudah merekodkan penerbangan selama 53,465.21 jam dengan keseluruhan 7,525 kitaran, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau juga berkata, semua pesawat MAS dilengkapi dengan sistem pemantauan data yang berterusan dikenali 'Aircraft Communication Addressing and Reporting System' (ACARS) yang menghantar data secara automatik.

"Apapun memang tidak ada maklumat atau panggilan kecemasan dihantar," katanya.

Menurut Ahmad Jauhari, operasi mencari dan menyelamat setakat awal hari keempat hari ini tidak menemukan sebarang kesan pesawat itu dan operasi sudah diperluas ke barat Semenanjung Malaysia, melangkaui laluan sebenar pesawat.

Katanya operasi pencarian meliputi laut dan darat memandangkan pihak berkuasa turut mengambil kira kemungkinan pesawat berpatah balik ke lapangan terbang.

"Semua sudut diteliti. Kita tidak menolak sebarang kemungkinan," katanya.

Beliau berkata, Wakil Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting kini berada di Beijing bagi membantu dan mengkoordinasi semua perkara berkaitan operasi MAS.

Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#5
Dua lelaki Iran guna pasport palsu dipercayai pencari suaka politik

BANGKOK 11 Mac - Polis Thailand tidak menolak kemungkinan dua lelaki yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370, merupakan pencari suaka politik dan tidak terlibat dalam aktiviti keganasan.

Ketua polis Pattaya, Supachai Puikaewcome berkata, pengganas kebiasaannya akan mempunyai perancangan yang lebih rapi tentang laluan dan penerbangan yang dinaiki berbanding tiket yang ditempah kedua-dua lelaki yang dipercayai dari Iran.

“Malah pengganas akan membeli tiket dengan kos yang efektif selain tidak mempunyai maklumat tentang lokasi atau penerbangan yang dinaiki," katanya. - REUTERS
Do You ?
Reply
Thanks given by:
#6
#PrayForMH370
Reply
Thanks given by:
#7
masuk hari ke 6 masih belom ada tanda2 MH370
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#8
[Image: uxe5.png]

Pesawat misteri di Laut Andaman

Sepang: "Kami melihat rakaman semula radar tentera dan mendapati ada plot (titik) yang belum dipastikan dan bukannya sah (belum tahu sama ada) pesawat MH370,” kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, mengenai kehadiran satu pesawat tidak dikenali 200 batu nautika di barat daya Pulau Pinang pada pagi kehilangan pesawat MAS, Sabtu lalu.

Plot itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu tetapi TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana ia laluan udara komersial.


“Radar tentera tidak menunjukkan nama pesawat tetapi plot (pesawat) yang tidak dikenal pasti,” kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menjelaskan tentera sedang menganalisis semua maklumat berhubung kejadian.

Beliau berkata, tindakan memperluaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dilaksanakan lebih awal berikutan pihaknya memerlukan kesahihan dengan membandingkan rekod radar penerbangan awam.


Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjelaskan terdapat perbezaan antara radar utama dan radar kedua.


Katanya, radar utama bagi mengesan plot sahaja dan ia tidak memberikan identiti pesawat manakala radar kedua boleh berkomunikasi dengan pesawat itu yang bermaksud boleh tahu semua maklumat pesawat boleh diketahui termasuk kedudukan, ketinggian dan jenis kapal terbang.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, gerakan SAR diperluaskan hingga 25,000 batu nautika ke Laut Andaman membabitkan 12 negara dengan penyertaan terbaru Jepun, India dan Brunei.

Beliau berkata, peluasan kawasan dari Laut China Selatan dan Selat Melaka itu berikutan wujud kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#9
MH370: Pusingan balik kuatkan 'teori rampasan'

[Image: 4XS3stth.jpg]

SHAH ALAM – Pengesahan pesawat MAS MH370 berpatah balik menguatkan lagi kemungkinan pesawat itu dirampas.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, ia juga berdasarkan lingkungan kawasan pesawat itu boleh pergi, yang menyimpang daripada laluan asalnya ke Beijing, China setelah komunikasi terakhir dengan satelit pada jam 8.11 pagi, Sabtu minggu lalu.

“Ini bermakna ada seseorang yang berjaya masuk ke dalam kokpit dan menyuruh juruterbang pergi ke destinasi dikehendakinya. Teori rampasan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pesawat itu dipandu oleh orang yang arif mengenai penerbangan.

“Individu yang merampas pesawat itu mungkin memberi arahan kepada juruterbang. Ataupun mungkin individu itu sendiri yang membawa pesawat itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama merupakan pesawat MH370 yang telah menyimpang dari laluan asalnya.

Berikutan itu, pencarian MH370 kini ditumpukan di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.

Mengulas lanjut, Ishak berkata, motif rampasan dan individu yang melakukannya masih samar berikutan banyak faktor boleh dikaitkan sambil tidak menolak ia dilakukan lebih daripada seorang.

“Mungkin rampasan itu dilakukan kumpulan pengganas yang tidak digazet. Kebiasaannya dalam rampasan pesawat, motifnya untuk meminta wang tebusan.

“Walaupun hingga kini masih tiada tuntutan dibuat, bukan bermakna tidak berlaku rampasan. Ada kemungkinan pesawat tidak mendarat di tempat yang diingini membuatkan tuntutan tidak dapat dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau lebih cenderung melihat motif peribadi sebagai faktor rampasan pesawat.

Oleh itu, katanya, siasatan teliti terhadap karakter dan latar belakang anak kapal dan penumpang penting bagi mengenal pasti punca rampasan dilakukan.

“Profiling penting kerana mungkin ada penumpang yang sakit jiwa dan sebagainya. Rampasan pesawat bukan mudah, tetapi kalau seseorang itu mengalami gangguan mental, apa saja dia boleh lakukan,” katanya.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#10
Enam data ‘handshake’ tak dapat tentukan lokasi MH370

Sepang: Persoalan mengapa kerajaan memutuskan pencarian pesawat penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu di dua koridor ialah berdasarkan enam data komunikasi (handshake) terakhir pesawat dengan satelit.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, data inmarsat itu diberikan penyedia satelit.


Beliau berkata, maklumat ‘handshake’ yang diketahui ialah masa saja, tetapi bukannya lokasi kerana tiada petunjuk dan koordinat.

Menurutnya, terdapat latitud dan satelit itu hanya boleh melihat ketinggian pesawat.


“Oleh itu kami cuma mengira dari titik terakhir di Selat Melaka dengan kelajuan minimum pesawat itu boleh lakukan dan kelajuan maksimumnya.


“Untuk perjalanan paling pendek dan kelajuan minimum adalah di Laos manakala dengan kelajuan maksimum boleh sampai ke kawasan koridor utara.

“Bagi koridor selatan, kelajuan minimum pesawat boleh sampai ke timur Sumatera dan kelajuan maksimum boleh sampai ke Lautan Hindi,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam, yang diketuai pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Azharuddin berkata, maklumat yang diberikan penyedia satelit itu disahkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan pakar negara China.

Sementara itu, Ahmad Jauhari berkata, mengikut pengiraan pesawat penerbangan MH370 itu boleh terbang selama 30 minit daripada titik terakhir yang dikesan jam 8.11 pagi hari insiden kehilangan itu.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)