Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pesawat C130 TUDM dipintas 2 jet pejuang Indonesia
#1
[Image: 41396788430_freesize.jpg]

Hishammuddin Tun Hussein (tiga, kanan) mengagihkan bubur lambuk kepada para pengunjung Bazaar Ramadan Setiawangsa pada Ahad. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan sedang meneliti secara terperinci dakwaan laporan kononnya sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipintas oleh dua jet pejuang Indonesia berhampiran Kepulauan Natuna pada Ahad.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berdasarkan laporan itu, pesawat Charlie C130 milik TUDM dipintas di ruang udara ketika dalam penerbangan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Labuan.

"Laporan insiden itu dah diterima, namun belum dapat maklumat lengkap secara sahih...kita akan menyiasat mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan 1,000 bungkusan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan di Taman Setiawangsa di sini.

Beliau berkata sebelum ini, isu-isu yang melibatkan kedua-dua pihak berjaya diselesaikan secara diplomasi.

Hishammuddin berkata beliau mempunyai hubungan erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu, dan tidak mempunyai masalah untuk berbincang sekiranya laporan yang diterima itu memerlukan beliau untuk menghubungi rakan sejawatannya itu.

Beliau berharap media bertanggungjawab dan tidak memperbesarkan insiden itudemi menjaga keharmonian dan hubungan baik kedua-dua negara. - Bernama
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)