Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pesara perlu RM480,000 untuk jamin hidup selesa selama 20 tahun
#1
[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pusat kecemerlangan akademik, Putra Business School menganggarkan bahawa golongan pekerja kelas pertengahan di negara ini perlu mempunyai wang simpanan persaraan sekurang-kurangnya RM400,000 hingga RM480,000 untuk menampung kehidupan selesa selama 20 tahun.

Pakar ekonominya, Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, wang persaraan dalam jumlah itu dapat menampung kehidupan pesara sehingga berumur 80 tahun sekiranya bersara wajib pada umur 60 tahun.

Katanya, jumlah itu berdasarkan anggaran perbelanjaan seorang pesara kira-kira RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

“Setiap lokasi di Malaysia berbeza dari segi kos kehidupan. Sesetengah tempat seperti di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur memerlukan perbelanjaan kos sara hidup sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

“Statistik menunjukkan jangka hayat penduduk Malaysia pada 2015 sudah mencapai 75 tahun untuk lelaki dan 77 tahun untuk wanita. Bermakna simpanan untuk persaraan mesti lebih daripada RM196,000 kerana jangka hayat penduduk Malaysia dijangka akan bertambah setiap tahun, iaitu meningkat 0.7 tahun setiap lima tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam bahawa sehingga 92 peratus rakyat Malaysia bimbang dengan keadaan dan keperluan kewangan mereka pada usia tua serta tidak bersedia menghadapi persaraan.

Penolong Gabenor BNM, Jessica Chew Cheng Lian berkata, 33 peratus pekerja ‘sangat bimbang’ dengan keadaan kewangan mereka apabila mencapai usia tua, manakala baki 59 peratus berasa ‘agak bimbang’.

Menurut Jessica, 40 peratus daripada rakyat Malaysia berpendapat, mereka bersedia untuk bersara, manakala 80 peratus lagi berpendapat mereka mempunyai strategi untuk menampung perbelanjaan ketia usia tua.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin berkata, kerajaan boleh menyediakan program latihan kemahiran yang memberikan pendapatan kepada golongan pesara, selain menjadikan mereka lebih produktif.

Menurutnya, banyak sektor boleh menarik penyertaan pesara bagi menggantikan pekerja asing seperti perhotelan serta makanan dan minuman dengan menjadi penyambut tetamu, pemandu pelancong, pembuat kraftangan, usahawan dan banyak pekerjaan lain.

“Kerajaan juga perlu mengawal harga barangan supaya golongan pesara tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup,” jelasnya.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Baayah Baba pula berkata, jumlah wang persaraan yang mencukupi bergantung kepada cara hidup seseorang pesara itu dan mereka disarankan mengamalkan cara hidup sederhana selain tidak membuat sebarang hutang atau pinjaman selepas bersara, katanya.

“Kalau tidak ada hutang kereta dan rumah, RM1,000 sebulan pun sudah danggap mewah, sekiranya rajin memasak sendiri di rumah dan menanam sayur-sayuran sendiri,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional...MDf5U.dpuf
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
480k ?? cam air la abis.. 20 tahun lagi la.. Purata guna ribu2 dlm masa sebulan
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)