Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Perompak Acukan Parang Ke Muka Mawi
#1
Exclamation 
KUALA LUMPUR, 26 MAC 2012: Kali kedua dirompak dan kejadian tersebut lebih teruk daripada sebelum ini, jelas penyanyi popular, Mawi, dia bersyukur kerana ahli keluarganya selamat tanpa dicederakan.

Bercerita mengenai kejadian rompakan yang berlaku pagi tadi di rumah banglo dua tingkat miliknya itu, kata Mawi, empat perompak tersebut memanjat pagar menggunakan tangga sebelum mengumpil tingkat yang tidak dipasang jeriji di tingkat bawah rumahnya.

Ketika kejadian, Mawi bersama isterinya, Ekin yang sedang pantang, ibu mertuanya, Fatimah Saad, neneknya Salmah Sahan serta anaknya Cahaya Malaika berada di rumah.

"Mereka berempat dan bertopeng telah masuk ke bilik nenek yang sedang tidur sendirian. Seorang daripada mereka mengeledah bilik tersebut dan mencari barang-barang berharga.

"Seterusnya mereka membawa nenek ke bilik tidur utama yang menempatkan saya, Ekin, ibu mertua dan anak saya (Cahaya Malaika)," katanya mengakui kejadian itu membuatkan keluarganya trauma.

Menyambung perbualan kata Mawi, dia dan yang lain turut diikat dengan tali oleh perompak berkenaan yang disyaki berbangsa Indonesia.

"Saya terkejut apabila melihat lelaki bertopeng mengacukan parang ke muka saya. Mereka meminta kami semua diam dan menyerahkan wang dan barang kemas yang ada," jelasnya lagi.

Rompakan tersebut telah menyebabkan mereka sekeluarga kerugian dengan anggaran sekitar RM 10,000 serta empat telefon bimbit turut dirompak.

Dalam pada itu Mawi memberitahu, kejadian itu berlaku, dua jam selepas dia pulang daripada menghadiri siri jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Bahru, Johor.

Mawi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada pukul 5 pagi. Sebelum ini, pada tahun 2008, banglo tersebut pernah dimasuki pencuri namun perompak berkenaan hanya dapat melarikan tabung berisi syiling.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
byk betol kes rompakan skang ni Sad
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)