Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Perang durian dah bermula
#1
[Image: image.jpg].

Mamat (tengah) menjual durian pada harga berpatutan kepada Mat Lawis (kanan) yang sering mendapatkan bekalan raja buah itu di kawasan kampung sekitar kawasan Dun Pengkalan Berangan

MARANG – Perang durian! Itulah suasana di tepi jalan utama sekitar kawasan Dun Pengkalan Berangan, khususnya di Mukim Jerung di sini, apabila lambakan durian dilihat begitu banyak di tepi jalan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Seorang penduduk, juga penjual durian, Mamat Shafie, 55, ketika ditemui Sinar Harian berkata, musim durian kali ini memberi limpahan rezeki kepada penduduk setempat di kawasan mukim berkenaan, yang kebanyakannya bekerja kampung.

Menurutnya, lambakan buah durian juga menyebabkan penjual menawarkan harga berpatutan dan peluang itu segera direbut peraih serta pembeli yang sering meronda ke kawasan berkenaan pada setiap pagi untuk membeli raja buah itu.

“Harga durian tidak menentu dan berbeza-beza kerana bergantung kepada penjual, namun ia dijual murah, misalnya jika buah dibeli secara borong, selonggok buah durian (30 biji) saya jual pada kadar RM50,” katanya kepada Sinar Harian.

Mamat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jerung di sini, berkata, raja buah itu tidak boleh dijual mahal kerana durian mula luruh dan ia dikira tepat pada masanya berikutan gugur ketika ketibaan Syawal.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ibrahim Mohamad, 46, berkata, musim durian kali ini mungkin lebih membawa rezeki kepada penduduk yang memiliki kebun durian dalam keluasan agak besar kerana pokok durian berbuah lebat.

“Dah rezeki agaknya kerana durian tahun ini berbuah lebat dan sambutan pembeli terhadap buah durian juga semakin meningkat. Dapatlah penduduk di kawasan ini mendapat duit lebih sikit untuk tampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pemborong, Mat Lawis Mat Saman, 30, sanggup menghabiskan ratusan ringgit sehari untuk mendapatkan buah durian sebelum dapat dijual kepada orang ramai di lokasi tumpuan sekitar daerah berkenaan.
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)