Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Penoreh getah kecewa kereta baru dibeli rosak
#1
Thumbs Down 
PENDANG - Seorang penoreh getah dari Kampung Sungai Siput dekat sini kecewa kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi apabila kereta keluaran tempatan yang baru dibelinya kurang setahun rosak baru-baru ini.

Mohd Syafie Othman, 27, berkata, ketika dalam perjalanan tiba-tiba gear keretanya gagal berfungsi menyebabkan dia segera menghubungi sebuah pusat servis di Alor Setar memandangkan kereta itu tidak boleh dipandu ketika itu.

“Saya terpaksa mengeluarkan kos menunda kereta ke Alor Setar dan difahamkan bahawa kereta saya mengalami masalah klac dan pihak terbabit meminta saya mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM756 sedangkan kereta itu masih dalam jaminan lagi.

“Pihak terbabit mendakwa cara pemanduan punca kereta itu rosak, saya tidak boleh menerima alasan itu memandangkan saya juga mempunyai kereta lain yang tidak pernah rosak walaupun hampir lima tahun menggunakannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Syafie berkata, kereta itu sentiasa diservis mengikut jadual yang ditetapkan pihak berkenaan dan sepatutnya kereta itu masih dalam jaminan tetapi pihak terbabit gagal bertanggungjawab.

“Saya terpaksa bersusah payah mencari wang untuk membayar kepada pusat servis terbabit memandangkan kereta itu rosak ketika tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut raya,” katanya.

Dalam pada itu, dia akan membawa perkara itu kepada persatuan pengguna untuk diambil tindakan.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#2
keta tempatan mana satu ek
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)