Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Penjawat awam antara tiga ditahan terbabit IS
#1
KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam antara tiga individu yang ditahan polis bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Johor dan Perak antara 28 Februari dan 2 Mac kerana disyaki terbabit dengan aktiviti kumpulan militan IS.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menahan seorang penjawat awam yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki membantu mendaftarkan akaun Facebook bagi kegunaan beberapa rakyat Malaysia, berkaitan dengan aktiviti kumpulan IS.

"Polis percaya suspek itu yang berasal dari Perak juga merupakan anggota kanan kumpulan pengganas IS di Syria.

"Hasil siasatan mendapati suspek berusia 39 tahun itu merancang untuk menyertai IS (di Syria) dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam kes kedua, pihaknya menahan seorang peniaga lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Perak kerana disyaki terlibat dalam menyumbang dana kepada rakyat Malaysia yang ingin menyertai IS di Syria. - Bernama
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)