Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pengundi kali pertama teruja, turun undi awal
#1
SHAH ALAM - Sehingga kira-kira jam 9 pagi tadi, kira-kira 10 hingga 15 peratus pengundi di kawasan bandar sudah keluar mengundi.

Pusat pembuangan undi dibuka jam 8 pagi.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, pengundi di kawasan bandar selalunya menggunakan waktu pagi untuk turun mengundi berbanding pada petang hari.

"Dalam tempoh satu jam awal ini, keadaan agak kelam kabut, jadi agak sukar kita nak dapat statistik keseluruhan pengundi yang datang membuang undi di seluruh negara," katanya pada Sinar Harian Online, hari ini.

Tinjauan Sinar Harian Online di beberapa lokasi pusat pengundian mendapati pengundi muda dan kali pertama begitu teruja untuk menunaikan tanggungjawab buat kali pertama.

Sehingga jam 10 pagi, kira-kira 10 peratus pengundi di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah terdiri daripada golongan pengundi kali pertama ini.

Menurut Muhd Kamal, 28, beliau amat teruja dan tidak sabar untuk mengundi.

"Ini kali pertama, memanglah saya tak sabar nak mengundi.

"Ini panjang beratur tapi tak apalah," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sementara di SMK Bukit Bandaraya Bangsar, kira-kira lima peratus pengundi kali pertama datang awal untuk mengundi pagi ini.

Sementara itu, di Sekolah Kebangsaan Putrajaya, Presint 9, kira-kira 450 pengundi muda daripada saluran 8, 9 dan 10 turun mengundi antara jam 8 pagi hingga 10 pagi menurut Penyelia Pusat Mengundi, Khamisah Norr Md Zin.

Menurut Nurul Aqilah, 22, beliau sangat gembira untuk mengundi buat kali pertama, dan perasaan itu seolah-olah menyambut hari raya.

"Saya bangun awal untuk pastikan saya dapat mengundi awal pada hari ini, suasana mengundi ini saya rasakan macam nak menyambut raya pulak," katanya selepas membuang undi di pusat mengundi SK Puchong Utama 2.

Dalam pada itu,Ahmad Zainal Ali, 22, beliau juga berkongsi perasaan yang sama dengan Aqilah.

"Perasaan gembira dan rasa tanggungjawab untuk mengundi itu saya semat di hati, dari semalam saya menanti detik ini (mengundi), Alhamdulillah saya dah laksanakan tanggungjawab itu, saya rasa saya dah laksanakan hak saya sebagai pengundi yang bertanggungjawab," katanya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Tempat Mengundi saluran enam, Wan Mohd Farik Hasan, setakat ini seramai 100 orang pengundi baru turun manakala jumlah keseluruhan pengundi baru adalah 686 orang.

Parlimen Puchong menyaksikan pertembungan antara calon DAP iaitu Gobind Sing Deo dan A. Kohilan Pillay dari BN.

Sebanyak 26,000 pusat pengundian dibuka di seluruh negara bagi membolehkan rakyat Malaysia mengundi pada PRU13.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
first time katakan. Siap letak gambar dalam FB
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
den tak sempat nak pegi undi.. Rugi2..
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)