Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pengguna rokok e-elektronik terdedah penyakit kronik
#1
BENTONG — Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi internet.

"Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik," katanya.— BERNAMA
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
#2
mana bahaya antara rokok biasa dgn rokok e ni
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)