Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Penggambaran “The Raid 2” bermula
#1
[Image: the-raid09.jpg]

Penggambaran bagi “The Raid 2”, yang merupakan sekuel bagi filem “The Raid: Redemption” hasil arahan Gareth Evans kini baru sahaja bermula pada minggu ini.

Iko Uwais membuat kemunculan semula dalam filem sekuel tersebut sebagai watak utama bernama Rama yang merupakan seorang pegawai polis yang mahir dalam seni silat. Dalam sekuel filem, cerita bersambung dari pengakhiran “The Raid: Redemption” di mana Rama mencari mereka yang terlibat dalam sindiket jenayah kejam serta korupsi polis di Jakarta dengan senyap demi melindungi keluarganya.

Menurut The Hollywood Reporter, filem tersebut dijangka akan siap dalam masa 100 hari dan diberi nama “The Raid 2: Berandal.”

“Rama akan menjadi seorang berandal (samseng) dalam sekuel ini,” ujar Evans.

“Kami tak sabar untuk kembali semula bersama hasil kerja kami ini. Filem ini semestinya adalah lebih hebat dan ganas dari sebelumnya!”

Pihak produksi yang terlibat dalam filem adalah Ario Sagantoro selaku penerbit bagi PT Merantau Films, bersama dengan Nate Bolotin, Nick Spicier, Aram Tertzakian dan Todd Brown yang merupakan pihak penerbit bagi XYZ Films. Rangga Maya Barack-Evans dan Irwan D. Mussry pula merupakan penerbit eksekutif filem.

Seperti sebelumnya, “The Raid 2” akan diriliskan oleh Sony Pictures Classics di Amerika Syarikat.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)