Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf meninggal dunia
#1
[Image: image.gif]

KUALA LUMPUR - Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacub meninggal dunia di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail di sini malam tadi akibat serangan jantung.

Adik beliau, Datuk Hussamuddin yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf memberitahu, Allahyarham sebelum itu sedang menonton perlawanan bola sepak secara langsung antara Kelantan bertemu Lions XII.

Allahyarham berusia 65 tahun meninggalkan seorang isteri, Datin Robiah Mohamed dan lapan orang cahayamata.

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara selepas solat Zuhur.

"Rakan-rakan yang ingin menziarah jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian di kediamannya di 66, Lorong Aminuddin Baki 3, bersebelahan SK TTDI,” kata Hussamuddin, yang masih terkejut dengan berita kematian abangnya itu.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa TTDI pada jam 10 pagi esok untuk dikafankan.

Seluruh warga kerja Kumpulan Media Karangkraf termasuk Sinar Harian mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)