Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pengemis raih RM400 dalam 2 jam
#1
[Image: image.jpg]

Ada gelandangan yang didakwa mampu meraih RM400 dengan membuat penyamaran.

GEORGETOWN - "Hanya dalam tempoh dua jam seorang pengemis mampu meraih wang sebanyak RM400," demikian menurut Exco Kebajikan dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Boon Poh berkata, kes tersebut berlaku di Bagan apabila seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai sami.

“Pulau Pinang sememangnya menjadi tumpuan pengemis yang sebahagian besarnya datang dari luar negeri ini.

“Perkara ini turut dibahaskan pada Sidang Dun Mei lalu dan dipersetujui,” katanya ketika merasmikan Program Pendidikan Kesedaran Pencegahan Pengemisan di Komtar.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Said Siduk.

Program yang bertemakan Bijak Membantu, Elak Tertipu itu mendidik orang ramai dari ditipu sindiket penyamaran sebagai gelandangan.

Boon Poh berkata, ia adalah inisiatif JKM negeri bagi menyedarkan orang ramai akan pentingnya tidak memberi sedekah kepada golongan yang salah.

“Orang ramai yang ingin membuat aduan berhubung pengemis dan gelandangan boleh menghubungi Talian Kasih 15999,” katanya.
Bawa bertenang...
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)