Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pendakwa akan buktikan Yazid Sufaat penaung Tanzim Al-Qaeda Malaysia
#1
KUALA LUMPUR 13 April – Pasukan pendakwaan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya akan membuktikan pengusaha kafeteria, Yazid Sufaat adalah penaung kepada kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia yang diasaskannya sendiri.


Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria yang mengetuai pasukan pendakwaan turut menyatakan, pihak- nya akan membuktikan tertuduh terbabit membuat usrah (perbincangan) di kediamannya dengan matlamat untuk merekrut ahli-ahli baharu serta menyebarkan ideologi keganasan.

“Pihak kami akan membuktikan bahawa melalui usrah-usrah tersebut, tertuduh (Yazid) telah menggalakkan perbuatan keganasan yang jelas sekali mengugut orang awam di Syria,” kata Mohamad Hanafiah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada hari pertama perbicaraan terhadap Yazid yang merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim yang masing-masing menghadapi dua pertuduhan membabitkan keganasan.

Pada 27 Mei 2013, Yazid didakwa menggalakkan keganasan bagi memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria di antara pukul 8.30 dan 10.30 pagi, 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012 di rumah beralamat DL11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang dekat sini.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan denda.

Bagi pertuduhan kedua pula, di tempat yang sama, Yazid, 51, didakwa menjadi ahli kumpulan Tanzim Al-Qaeda Malaysia di antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari 2013.

Pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda.

Muhammad Hilmi, 35, pula dibicarakan atas tuduhan menjadi ahli kumpulan terbabit dan bersubahat dalam menggalakkan keganasan bagi memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria.

Mohamad Hanafiah turut dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farizul Hassan Bakri manakala Yazid dan Muhammad Hilmi diwakili barisan enam peguam yang diketuai oleh Amer Hamzah Arshad.

Kedua-dua tertuduh terbabit sebelum ini pernah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi berlainan daripada pertuduhan menggalakkan keganasan. 

Yang turut dibebaskan daripada pertuduhan sama ialah suri rumah, Halimah Hussein, 54. 

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 18 Jun tahun lalu te- lah membenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan ketiga-tiga mereka dan mengetepikan keputusan tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu turut dikekalkan oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kes membabitkan Halimah diasingkan dan tidak dibicarakan bersama dua lelaki terbabit.

Ini berikutan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas wanita terbabit yang menghilang diri selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi masih belum dapat disempurnakan. Sebutan berhubung waran tangkap tersebut akan didengar pada 27 Mei ini.

Dalam ucapan pembukaan tersebut, Mohamad Hanafiah turut menyatakan, pembuktian terhadap setiap pertuduhan akan dibuat melalui keterangan lisan saksi-saksi awam dan terlindung, dokumen-dokumen yang turut membabitkan maklumat sensitif serta rakaman audio.

Pihak pendakwaan juga akan membuktikan bahawa Yazid melalui usrah yang turut membabitkan perbincangan mengenai hal-hal jihad dengan peperangan dan mengangkat senjata yang bertujuan untuk menggalakkan peserta untuk berjihad ke luar negara terutamanya ke Syria.

“Bagi tertuduh kedua pula, pendakwaan akan mengemukakan keterangan secara lisan, dokumen dan rakaman audio bagi membuktikan Muhammad Hilmi bersubahat dengan tertuduh pertama serta mempromosikan kepada orang awam untuk menyertai usrah yang dianjurkan oleh Yazid,” katanya.

Sementara itu, saksi pendakwaan pertama, Deputi Superintenden T. Thiagarajah, 50, daripada Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memberitahu beliau diarahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay untuk membuat laporan polis mengenai Yazid pada 23 Oktober 2012.

Laporan polis tersebut bertujuan agar satu siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dimulakan kerana dipercayai telah bertindak mengikut sebarang cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia dengan terlibat dalam keganasan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Azman Husin bersambung esok.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)