Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
BTCClicks.com Banner
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pemasangan pendakap gigi palsu membimbangkan
#1
[Image: image.jpg]

Mohammad (kanan) menunjukkan contoh pemasangan pendakap gigi yang betul.

KUALA NERUS - Tawaran harga yang jauh lebih murah dan perkhidmatan cepat antara faktor kegiatan pengamal pergigian haram terutamanya bagi pemasangan pendakap gigi palsu terus merekodkan peningkatan membimbangkan termasuk di Terengganu.

Lebih licik lagi, 'doktor gigi segera' itu membuat promosi di laman sosial dan menjadikan hotel sebagai lokasi rawatan untuk pelanggan yang telah membuat temu janji dengan kadar caj antara RM500 hingga RM1,000 berbanding kos sebenar di pusat rawatan pergigian bertauliah yang mencecah RM3,000 hingga RM6,000.

Ketika ini Terengganu telah merekodkan empat kes sejak tahun 2015 termasuk satu kes sebutan di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu yang dijadualkan 27 Mei ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, pihaknya memandang serius mengenai kegiatan pengamal pergigian haram itu memandangka ia boleh mengundang pelbagai risiko antaranya luka dan jangkitan kuman.

"Secara keseluruhan, empat kes direkodkan di Terengganu, dimana dua kes iaitu pada tahun 2015 dan 2016 yang telah dijatuhkan hukuman dengan masing-masing dikenakan denda RM20,000 dan RM25,000.

"Dua kes lagi kes direkodkan pada tahun ini, iaitu satu kes seorang wanita yang dilepas tanpa bebas dan dipercayai telah melarikan diri ke luar negara, manakala satu lagi kes bakal disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 27 Mei ini.

"Justeru, ingin kita tekankan kepada masyarakat agar tidak terpedaya dengan tawaran harga yang murah kerana mereka bukan sahaja tidak bertauliah dan hanya mempelajari teknik memasang pendakap gigi menerusi laman Youtube serta rakan-rakan, sebaliknya bahan yang digunakan juga tidak selamat untuk kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Hari Kesihatan Pergigian Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Giant Cawangan Gong Badak, di sini, hari ini.

Menurut Mohammad lagi, orang ramai diingatkan agar mendapatkan rawatan pergigian di klinik kerajaan atau swasta yang berdaftar dan dilakukan pengamal pergigian yang bertauliah.

"Mana-mana individu yang menjalankan amalan pergigian di klinik pergigian swasta tanpa pendaftaran sah boleh didakwa di bawah Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/tere...n-1.675317
Do You ?
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)